Latest News

Saturday 28 October 2017

Disebalik Ancaman Shafie

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bagagar lah lutut Musa Aman nanti... Oleh FB Adrian Banie Lasimbang (screenshot)
(ii) MUSA, TRUTH BE TOLD, DESTROYING THE RAIN FORESTS OF SABAH... Oleh FB The Voice Of Borneo (screenshot) (screenshot)

1. Datuk Shafie Apdal bagaikan lembu patah tanduk. Sebaik sahaja Presiden parti Warisan Sabah itu dibebaskan dengan ikat jamin daripada tahanan reman SPRM, beliau mengancam, akan membongkar rasuah pemimpin Umno Sabah khususnya Tan Sri Musa Aman di dewan rakyat minggu depan.



2. Semalam semasa sidang akhbar pertama beliau sebaik dibebaskan, mengancam akan mendedahkan salah laku para pemimpin Umno Sabah. Namun pada sidang akhbar itu, beliau tidak membuat sebarang dakwaan, kecuali dalam bentuk pertanyaan “ Berapa syarikat Musa ada?”.



3. Shafie dan Musa memang dianggap bermusuhan sejak sekian lama, walaupun merupakan pemimpin parti yang sama sebelum Shafie meninggalkan Umno pada julai 2016. Tidak pasti apa kah punca permusuhan mereka itu. 

4. Shafie sejak tahun 1995 terus bertanding dalam pilihan raya, malah pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. 

5. Kalau dikatakan Musa sebagai penghalang kepada kempimpinan beliau, ianya tidak masuk akal, sebabnya Shafie pernah menang jawatan Naib Presiden Umno, yang mana kemenangan itu adalah sumbangan para perwakilan daripada Umno Sabah. Malah dalam pencalonanpun bagi jawatan Naib Presiden, Umno Bahagian Libaran, di mana Musa merupakan Ketua Bahagian mencalonkan beliau, malah dalam pengundianpun, tiga calon, iaitu Datuk Zahid Hamidi, Dato Hishamuddin dan Shafie dipilih oleh bahagian itu bagi kerusi Naib Presiden.

6. Permusuhan antara Musa dan Shafie sebenarnya hanya sepihak, iaitu dipihak Shafie. Keadaan ini ditunjukan oleh mantan Naib Persiden Umno, apabila pada setiap mesyuarat Umno Sabah, beliau tidak pernah hadir.

7. Selain itu, semasa MP Semporna itu merupakan menteri, beliau tidak pernah berkunjung hormat kepada Musa, malah tidak pernah berbincang berkaitan keperluan pembangunan Sabah.

8. Apabila skandal Jabatan Air Sabah timbul pada tahun 2016, Musa menyatakan apa yang sebenarnya berlaku, iaitu kerajaan negeri tidak tahu menahu projek-projek yang dilaksanakan menerusi Jabatan itu di mana peruntukannya daripada kKLW.

9. Seluruh kabinet Musa juga mengakui bahawa mana-mana projek yang mendapat peruntukan daripada KKLW yang dilaksanakan di kawasan yang mereka wakili, tidak pernah di bawa berbincang oleh mana-mana pihak daripada kementerian tersebut. Malah Shafie menubuhkan pejabat KKLW di seluruh daerah di Sabah, di mana terdapatnya projek-projek kementerian tersebut.

10. Mungkin Shafie merasa terkilan, mengapa Musa tidak membela beliau, apabila projek-projek yang mendapat peruntukan daripada KKLW sejak tahun 2009-2015 terbongkar akibat rungutan rakyat luar bandar berkaitan kemudahan asas seperti Bekalan Air Bersih, Bekalan Elektrik dan Jalan Kampung.

11. Seharusnya Shafie sedar, bagaimana pula Musa membela beliau, sedangkan Ketua Menteri Sabah itu tidak dimaklumkan, malah tidak di bawa berbincang.

12. Mengapa Shafie menggunakan Dewan rakyat sebagai tempat untuk membongkar salah laku? sebabnya apa-apa dakwaan dalam Parlimen mempunyai imuniti untuk tindakan saman. Shafie boleh sahaja membuat sebarang dakwaan dalam parlimen, namun mereka yang didakwa itu tidak dapat bertindak menyaman, kecuali dakwaan itu diulang di luar dewan.

13. Sudah tentu, MP Semporna itu mempunyai muslihat, dengan membuat dakwaan di parlimen, hanya bermotif mengwujudkan persepsi negatif dan imej buruk kepada mereka yang dituduh.

14. Terlihat sangat, bagaimana Presiden parti Warisan Sabah itu kehilangan momentum sebagai pemimpin, kerana emosi akibat terbongkarnya tindakan beliau semasa menjawat menteri KKLW.

15. Shafie kini terpalit dengan skandal dana RM7.5bilion KKLW yang mana tidak kurang RM1.5bilion daripada dana itu dikatakan diselewengkan.

16. Bermula pada 5 Otktober 2017, seramai 13 individu termasuk Shafie telah ditahan reman oleh SPRM. Diantara yang ditahan adalah adik beradik MP Sempor

na itu, pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat di bawah beliau, termasuk juga beberapa kontraktor yang terlibat melaksanakan projek KKLW.



17. Dalam siasatan SPRM, selain memanggil puluhan saksi, menyiasat puluhan syarikat, wang tunai ratusan juta ringgit selain dirampas juga dibekukan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook