Latest News

Friday 13 October 2017

Di Mana Letaknya Integriti Datuk Shafie Apdal?


1. APA KAH siasatan dana RM7.5bilion KKLW semasa Presiden parti Warisan Sabah masih menteri KKLW, hanya dianggap sebelah mata oleh rakyat?

2. Katakan lah Datuk Shafie TIDAK terlibat salahguna kuasa, kerana yang melakukan penyelewengan itu adalah para kontraktor dan para pegawai yang terbabit. Makna kata, Shafie benar-benarlah lepas tangan berkaitan dana itu, dan membiarkan para pegawai kementerian dan kontraktor yang menentukan. Jika terdapat perakuan daripada beliau, kerana atas permintaan para pegawai berkenaan. Pendek kata, beliau sign buta sahaja, tanpa langsung mencari tahu berkaitan projek yang bakal dilaksanakan.

3. Oleh kerana tiada minat mengetahui berkaitan projek yang menggunakan dana kementerian yang beliau kawal, maka semasa melawat loji penapis air Sungai Intan, Semporna, beliau hanya sekadar melawat, dan apabila melihat sendiri bahawa loji itu tidak berfungsi, beliau hanya berkata, ooooooo ya kah, begini rupanya, kemudian, beredar tanpa apa-apa tindakan susulan. Tindakan beliau itu, seolah-olah beliau tidak tahu langsung tujuan pembinaan loji itu, atas sebab itu, beliau tidak bertindak apa-apa.

4. Selain itu, apabila sungguh ramai rakyat mengeluh berkaitan bekalan air bersih luar bandar, elektrik luar bandar, jalan raya luar bandar, beliau tidak peduli, yang paling mustahak bagi beliau, dana kementerian untuk tujuan itu, sudah habis dibelanjakan, kerana menurut tafsiran KPI, sesiapa yang dapat membelanjakan dana yang diperuntukan sesuai dengan tempoh masa, maka KPI cemerlang.

5. Bagi Shafie, beliau tidak peduli, apa kah projek yang dilaksanakan untuk memenuhi kretria atau piawaian yang ditetapkan, apa yang penting bagi beliau, wang masih cepat dibelanjakan. Sebab itulah, ada sebahagian projek belum disiapkan, tetapi dibayar sepenuhnya.

6. Shafie tidak mahu mengambil tahu, apa yang diperbuat oleh para kontraktor dan para pegawai yang terbabit, apa kah wang itu benar-benar dibelanjakan untuk pelaksanaan projek atau disunat sana sini.

7. Kalaulah Shafie melakukan pendekatan bertanggungjawab, tidak mungkin wang sebanyak RM1.5bilion boleh diselewengkan, malah tidak mungkin projek penapis air sungai intan boleh dibina dengan kos RM48juta, sedangkan projek itu, hanya jadi gajah putih, sedangkan projek itu di kawasan beliau sendiri.

8. Melihat cara Shafie memimpin, bagai mana rakyat Sabah boleh bersadar kepada beliau?

9. Sejak menubuhkan parti Warisan Sabah, beliau masuk kampung keluar kampung, memberi tahu rakyat, bahawa kerajaan yang ada perlu diubah. Melihat cara kepimpinan beliau semasa menerajui KKLW sehinggakan wang RM1.5bilion untuk rakyat luar bandar Sabah diselewengkan, bermakna, apabila beliau menjadi pemimpin negeri, maka cara demikian akan diteruskan, kerana hanya cara itu mengubah cara kerajaan yang ada di bawah pimpinan Tan Sri Musa Aman yang mengutamakan rakyat, ambil penduli sebarang projek berkaitan rakyat, sekecil manapun projek tersebut.

10. Shafie akan mengambil pendekatan, jangan pendulikan sebarang projek, biarkan kontraktor dan para pegawai yang laksanakan, yang penting wang peruntukan habis digunakan. Apa kah projek yang dilaksanakan sesuai dengan butiran yang ditentukan, bukan keutamaan.

11. Atas sebab kelompangan kepimpinan beliau itu, maka beberapa individu berjaya ditangkap dengan wang tunai dalam simpanan mereka.

12. Rupanya, Shafie lebih minat, beberapa kroni menjadi kaya raya, berbanding menyelesaikan masalah rakyat.

13. Boleh kah rakyat jelata boleh bersandar pada pemimpin seperti ini?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook