Latest News

Thursday 19 October 2017

DSNajib Razak Tahu Penipuan Shafie

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kalau sifat DSSA macam Salleh Keruak dan Rahman Dahlan sudah tentu DSSA masih ada dalam UMNO... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Sebelum Shafie secara tiba-tiba berlakon TIDAK sebulu dengan Perdana Menteri berkaitan pengurusan 1MDB, MP Semporna itu telah diberitahu secara lisan, bahawa pada rombakan kabinet yang bakal dilakukan, beliau akan digugurkan.


Tindakan susulan Perdana Menteri sebagai menteri kewangan, 6 bulan sebelum Shafie dipecat pada Julai 2015, semua kuasa Shafie meluluskan projek KKLW dihadkan pada amaun RM30ribu ke bawah, sedangkan sebelum itu, beliau boleh mencadangkan syarikat-syarikat pelaksana bagi projek-projek bernilai ratusan juta.

Semua pihak juga terkejut, apabila Shafie secara tiba-tiba membuat kenyataan tidak sealiran dengan anggota kabinet, apabila bercakap tidak tahu menahu berkaitan 1MDB, sedangkan “factsheet” syarikat itu diserahkan kepada setiap anggota kabinet, dan seterusnya membincangkannya.

Oleh kerana Perdana Menteri secara langsung telah memberitahu Shafie, bahawa beliau bakal digugurkan sebagai anggota kabinet, dan keputusan itu, tiada yang boleh mengubahnya, maka Shafie bertindak berpatah arang. 

MP Semporna itu menyertai kumpulan Tun Dr Mahathir menjatuhkan DS Najib Razak. Apabila Najib dipaksa meletakkan jawatan, dan TS Muhiyiddin Yassin dilantik ke jawatan Perdana Menteri, maka beliau dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Apa yang diketahui oleh Ismaily? dia bukanpun ahli Umno, bukan ahli Bn, tetapi ahli pembangkang. Apa yang ketahui berkaitan Shafie? selain pengetahuan sebagai ahli pembangkang.

Tahu kah Ismaily, bermula Tahun 1995 sehingga Tahun 2014, shafie adalah inner circle DS Najib Razak, sehinggakan MP Semporna itu dianggap sebagai “blueboy” Perdana Menteri ke-6 negara itu.

Oleh kerana kelibat MP Semporna itu semasa menerajui KKLW, yang mana rungutan rakyat sepatutnya telah diselesaikan, kerana NKRA KKLW bukan sahaja mencapai 100% akan tetapi 106%, akan tetapi bukti lapangan adalah sebaliknya. Berikutan fakta inilah, maka bermula Tahun 2015, PM telah menarik kuasa Shafie meluluskan sebarang projek, kecuali projek-projek kecemasan yang bernilai RM30ribu ke bawah. Ekoran penarikan kuasa itu, Naib Presiden Umno itu juga telah diberitahu akan digugurkan sebagai anggota kabinet.

Menerusi maklumat yang diperolehi Perdana Menteri berkaitan sepak terajang Shafie, tiada “jack” yang boleh mengatasinya. Sebabnya, PM tidak akan bersengkokol kepada penafian hak rakyat yang sepatutnya rakyat rasai, akan tetapi tidak dilaksanakan sepertimana sepatutnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook