Latest News

Thursday 5 October 2017

Fakta Mengenai Penduduk Sabah


1. Jumlah penduduk Sabah pada Tahun 2016 seramai 3,813,200 orang. Daripada jumlah itu seramai 1,043,000 adalah pengundi atau 27.35% daripada seluruh penduduk.


2. Pertambahan penduduk Sabah pada purata 4.93% setahun. Pertambahan itu, menyebabkan negeri Sabah negeri tertinggi daripada segi kelahiran di negara ini.

3. Nampaknya kesan kemiskinan dan kurangnya aktiviti ekonomi masih lagi pendorong Kadar kelahiran tinggi.

4. Sabah hanya pulih daripada kemiskinan pada Tahun 2012, apabila kadar kemiskinan berjaya diturunkan kepada sedikit di atas 8%, manakalah pada tahun 2016 sudah menurun pada kadar 4%.

5. Kadar kelahiran dengan sendirinya akan menurun, sesuai dengan kemajuan rakyat.

6. Bagi negeri membangun, kadar kelahiran 3% setahun, menunjukkan negeri tersebut semakin maju.

7. Pada Tahun 2016 direkodkan seramai 1,927,100 bekerja sendiri, termasuk kerja-kerja tradisional seperti memburu., sementara 190,660 (5%) tiada pekerjaan termasuk graduan, manakala baginya 1,695.440 penduduk ada pekerjaan daripada sektor swasta , kerajaan mahupun sebagai peniaga.

8. Didapati untuk kumpulan graduan menganggur 68% tidak mendapat pekerjaan kerajaan meminta gaji tinggi; 64% kerana kelemahan berkomunikasi dalam bahasa inggeris; 60% kerana memilih pekerjaan; 59% kerana personaliti, atitude dan perwatakan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook