Latest News

Saturday 21 October 2017

Hanya Darell Anggap Shafie Tokoh


1.  Darell Leiking daripada awal terlibat dengan parti pembangkang.  Beliau hanya  bersama Datuk Shafie Apdal pada oktober 2016, apabila bersama mantan Naib Presiden Umno itu menubuhkan parti Warisan Sabah.  

2.  Oleh kerana shafie merupakan presiden parti yang mereka tubuhkan, maka Darell menganggap presiden beliau itu adalah tokoh.

3.  Ahli Umno lebih tahu siapa Shafie, dan tiada pemimpin atau ahli Umno menanggap Shafie seorang tokoh. Sebagai bukti, bahawa MP Semporna itu bukan tokoh, tiada pemimpin Umno menyertai beliau apabila meninggalkan Umno.  

4.  Mereka yang menyertai Shafie, hanya macai beliau seperti Aziz Jamman, Jaujan Sambokong dan beberapa orang yang mendapat habuan projek semasa MP Semporna itu masih menteri KKLW.

5.  Shafie menjadi  calonUmno pada Tahun 1995 bagi Parlimen Semporna kerana ikhsan bapa saudara beliau Datuk Sakaran Dandai (kini Tun).  Shafie dipilih bertanding bagi kawasan itu untuk menggantikan bapa saudara beliau itu, kerana dilantik sebagai TYT Sabah.

6.  Kemenangan Shafie di kawasan itu, bukan kerana ketokohan atau kepimpinan beliau, akan tetapi kerana parti dan sokongan bapa saudara beliau.

7.  Demikian juga semasa bertanding Naib Presiden Umno, bukan kerana ketokohan beliau, akan tetapi didorong bahawa keadaan yang mana Shafie pada masa itu merupakan “blueboy” Dato Seri Najib Razak. 

8.  Berasaskan kepada keadaan itu, maka ahli Umno Sabah mengharapkan, jika beliau menang salah satu Naib Presiden Umno, maka harapan rakyat Sabah untuk dibela akan tertunaikan.

9.  Namun kepercayaan DS Najib Razak  kepada beliau disia-siakan, di mana seharusnya, beliaulah lebih arif berkaitan keperluan rakyat Sabah, akan tetapi peruntukan kerajaan Persekutuan berbilion ringgit tidak sampai kepada sasaran, akan tetapi bocor ditengah jalan.

10.  Kini, pihak SPRM sedang menyiasat ke mana dana RM7.5bilion KKLW daripada Tahun 2009-2015 dibelanjakan. ironinya, menurut SPRM tidak kurang RM1.5bilion dana itu telah diselewengkan.

11.  Kalaulah Shafie dianggap sebagai tokoh, sudah pasti ramai ahli Umno mengikuti jejak beliau. Namun sebagai bukti, dalam Umno Semporna sendiri, hanya Aziz dan Jaujan serta Eranza serta ketua wanita yang mengikuti jejak beliau, manakala pemimpin lain yang ada ketokohan tiada yang menyertai beliau.

12.  Jika dakwaan Darell bahawa Shafie mampu menyatukan rakyat Sabah, tiada tanda-tanda untuk itu. Setakat ini, hanya Darell daripada KDM, serta Junz Wong daripada kaum cina menyertai beliau. Peter Anthony bukanlah pemimpin yang mewakili KDM, kerana kepimpinan beliau melalui KDM Malaysia, hanya kerana faktor wang.

13.  Darell, Junz seperti juga Shafie menjadi wakil rakyat kerana atas nama parti, bukannya ketokohan atau kepimpinan mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook