Latest News

Wednesday 11 October 2017

Ismaily Bungsu- Menipu Lagi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PERAMPOK PEROSAK... Oleh FB ismaily Bungsu Sabah (screenshot)

Kalau melihat lori yang membawa kayu itu, ianya bukan jenis lori yang dalan negara ini. Jenis lori itu digunakan di Papua.


Posting terbaru ismaily (melantik dirinya Pengarah Komunikasi Datuk Shafie Apdal) mendakwa bahawa lori itu membawa kayu daripada Kalabakan.

Memang ada kawasan di Kalabakan termasuk dalam konsensi Yayasan Sabah. Jika pembalakan berlaku di kawasan itu, memangpun wajar, kerana Yayasan Sabah membalak kawasannya, sesuai dengan tingkat kamatangan kawasan yang dimilikinya.

Yayasan Sabah yang ditubuhkan sejak Tahun 1967, sehingga kini menjalankan pembalakan, pada kawasan konsensi kawasan itu. Mengapa selama 50 tahun, yayasan itu masih boleh membalak? sebabnya, amalan pembalakan terpilih dan terkawal, ertinya hanya kayu-kayu yang telah matang atau tua yang dibalak. Jika kayu tua atau yang telah matang tidak dibalak, dalam sistem pengurusan hutan, ianya membantut pertumbuhan kayu-kayu lain. 

Cerita berkaitan pembalakan di kawasan Yayasan Sabah akan berjalan, selagi matahari masih terbit.

Bagi kawasan tanah simpan negeri pula, kerajaan negeri telah meghalang pembalakan sejak tahun 2006, sebab itu tanah hutan Sabah kini sudah mencapai 1.8juta hektar, berbanding Tahun 2002, 838 ribu hektar. Pertambahan hutan Sabah telah meningkat hampir 100% sejak 15 tahun lalu.

Jika diteliti peningkatan hutan simpan Sabah, daripada Tahun 2006 hingga kini, kenyataan Ismaily itu bukan sahaja tidak berasaskan fakta sebenar, akan tetapi kenyataan itu merupakan satu penipuan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook