1. Siasatan awal SPRM, berkaitan dana untuk Sabah daripada Tahun 2009
hingga Tahun 2015, melibatkan RM7.5bilion bukannya RM3.3bilion
sepertimana laporan sebelum ini.
2. Daripada RM7.5bilion itu, sekurang-kurangnya RM1.5bilion telah diselewengkan.
3.
Dana KKLW untuk Sabah bertujuan untuk menyelesaikan kemudahan asas
penduduk luar bandar, seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik luar
bandar, jalan raya luar bandar, selain bantuan untuk penduduk miskin,
seperti makanan tambahan untuk murid-murid sekolah rendah (RMT).
4.
Ekoran tindakan SPRM pada Oktober 2016 yang telah berjaya membongkar
penyelewengan di Jabatan Air Sabah (JAS) apabila menjumpai wang tunai
ratusan juta ringgit yang disimpan mantan Pengarah jabatan itu berserta
beberapa orang lagi, termasuk dua mantan pengarah Jabatan itu.
Siasatan penyelewengan Jas sudah selesai, kerana mereka yang kena tuduh
sudahpun dihadapkan ke mahkamah dan sedang menunggu untuk dibicarakan.
5.
Selepas setahun, pada Rabu, Datuk Peter Anthony telah ditangkap SPRM
dan direman selama 5 hari bermula Jumaat hingga selasa depan. Beliau
seorang kontrkator yang banyak terlibat dalam pelaksanaan projek-projek
KKLW untuk tempoh masa itu.
6. Masalah penyelewengan dana KKLW
terbongkar, apabila terdapatnya rungutan rakyat berkaitan kemudahan asas
luar bandar, sedangkan dana untuk itu, memang mencukupi bagi tujuan
rungutan rakyat di seluruh Sabah.
7. Di merata tempat di Sabah,
di mana projek KKLW dikatakan telah dilaksanakan merungut, khususnya
berkaitan Bekalan Air Bersih, malah ada penduduk yang mengadakan tunjuk
perasaan, kerana berminggu-minggu tidak mendapat bekalan air. Ekoran
daripada keadaan itu, maka kerajaan negeri menjadi pelik, mengapa
keadaan demikian berlaku.
8. Kerajaan negeri tidak mempunyai
kuasa, selain kekurangan maklumat berkaitan projek-projek yang
dilaksanakan KKLW, terutamanya, semasa Kementerian itu diterajui Datuk
Shafie Apdal.
9. Meskipun Shafie adalah pemimpin Sabah, wakil
rakyat daripada Sabah selain Naib Presiden Umno daripada Sabah, namun
selama beliau menjadi Menteri Persekutuan, tidak pernah berunding dengan
kerajaan negeri, berkaitan pelaksanaan projek-projek di bawah
kementerian beliau.
10. Memang betul, bahawa pelaksana
projek-projek KKLW adalah syarikat-syarikat tempatan dan agensi kerajaan
negeri, namun, pihak kementerian berhubung secara langsung dengan
jabatan-jabatan itu, tanpa melalui kerajaan negeri.
11. Bagi
agensi kerajaan negeri yang terlibat dengan projek kendalian kementerian
yang dikawal Shafie, hanya berperanaan sebagai penyelia projek. Atas
kelompangan ini, dimanfaatkan oleh pegawai di agensi itu mencadangkan
atau mengemukakan para kontraktor untuk tujuan pelaksanaan
projek-projek.
12. Kerajaan negeri, langsung tiada kawalan
berkaitan para kontraktor atau syarikat-syarikat yang dilantik, kerana
sepenuhnya ditentukan di peringkat kementerian, malah jika berkaitan
tender terhad, menteri yang bertanggungjawab memperakukan 10 syarikat
untuk tujuan perlantikan.
13. Kini, menerusi pembongkaran SPRM,
sudah menjawab kemuskilan rakyat Sabah, mengapa kemudahan asas untuk
rakyat tidak dapat diselesaikan.
14. Sekurang-kurangnya rakyat
maklum, bahawa bukan kerana kerajaan negeri tidak mahu menyelesaikan
masalah rakyat, akan tetapi pihak-pihak yang diamanahkan untuk tujuan
itu, tidak menjalankan tanggungjawab.
15. Jika terbukti, bahawa
RM1.5bilion daripada dana RM7.5bilion telah diselewengkan, maka ianya
sudah cukup menjawab, mengapa loji-loji air yang dibina tidak berair,
paip-paip yang dipasang tidak berair, tiang-tiang elektrik yang dipasang
tidak berdawai.
16. Dana sebesar RM1.5bilion bukan sedikit.
Jika dana itu benar-benar digunakan, masalah bekalan air bersih luar
bandar, seperti yang kerap berlaku di luar bandar tidak timbul.
17. Mereka yang mendakwa bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Aman,
kononnya tidak menyelesaikan kemudahan asas penduduk luar bandar,
setidak-tidaknya sudah terjawab.
0 comments:
Post a Comment