Latest News

Thursday 5 October 2017

Isu Pembangkang Sabah


• Pendatang Asing Tanpa izin (PATI)

• Masalah Banjir
• Tanah
• Infra Luar Bandar
• GST
• MA63


1. Enam isu itu lah yang mewarnai laman sosial, khususnya facebook. 


2. Apa yang menariknya, selain pembangkang, ramai juga penyokong kerajaan suka juga memberi komen-komen negatif berkaitan 4 isu itu.

3. Isu pertama, kerajaan telah tanganinya dengan menubuhkan RCI PATI Sabah dan keputusan RCI itu telah diumumkan pada Disember 2014. Selain itu, kerajaan telah menubuhkan ESSCOM/ESSZONE bagi membendung kemasukan PATI ke Sabah.

4. Tindakan susulan kerajaan selepas laporan RCI Pati adalah memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI, sehinggalah Sabah sifar PATI. Tindakan ini memerlukan masa, tenaga dan kos yang tinggi kepada kerajaan, namun, kerajaan tiada pilihan, melainkan akan melaksanakannya, sehingga matlamat tercapai.

5. Isu kedua- Banjir- Kerajaan negeri telah mendapat dana daripada kerajaan persekutuan ratusan juta ringgit daripada masa ke masa, untuk membina tebatan banjir, namun pelaksanaan lapangan seperti terhalang oleh status tanah persendirian.

6. Masalah banjir, tidak akan dapat diselesaikan secara muktamad, tebatan banjir hanya mampu mengurangkan impak kepada banjir. Banjir adalah fenomena alam, belum ada negara di dunia ini sifar banjir.

7. Isu ketiga- Tanah: Kerajaan negeri memperkenal geran komunal bagi menyelesaikan permohonan tanah kerajaan, selain itu, kerajaan juga menukar status tanah simpan hutan, jika didapati kawasan itu, termasuk dalam geran komunal. Tujuan kerajaan itu, adalah untuk mengatasi keluhan rakyat berkaitan tanah.

8. Isu keempat- Infa luar bandar- Adalah diakui pembangunan bukan statik, sebalik berterusan sepanjang masa. Sebagai contoh, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo akhirnya terlaksana.

9. isu GST- sebenarnya, masalah yang dihadapi kerajaan berkaitan sistem percukaian itu, adalah berkaitan pemahaman rakyat berhubungan cukai itu. Selain itu, dakyah pembangkang yang mendahului masa memberi gambaran negatif terhadap percukaian itu. 

10. jika diteliti betul, barangan yang terkena GST, tiada pun melibatkan keperluan harian rakyat. Sebagai contoh, minyak kenderaan, gas memasak, beras, sayuran tidak pun terkena GST, namun, pemahaman berkaitan cukai itu, kurang, maka rakyat suka sangat memperkatakannya, malah peniaga mengambil peluang, menaikan harga barang dengan dakwaan kerana GST.

11. Tidak dinafikan ada barangan yang naik kerana GST, tetapi, apa kah barangan itu, merupakan barangan keperluan harian?

12. Pembangkang sama sekali membutakan hati mereka memberitahu rakyat, berkaitan kejayaan kerajaan, khususnya kadar pertumbuhan ekonomi, pengurangan kadar kemiskinan, selain pertambahan perkapita rakyat secara amnya.

13. isu keenam- MA63. Perjanjian pembentukan Persekutuan Malaysia itu dipolimekkan, sehinggakan mereka yang tidak membaca kandungan perjanjian itu turut juga memberi komen. Malah ramai juga pemimpin terperangkap memberi komen berkaitan perjanjian itu, termasuk menggunakan PERKATAAN mengkaji semula. MA63, satu perjanjian khas, tidak boleh dibandingkan dengan perjanjian sewa beli atau perjanjian-perjanjian lainnya. MA63 adalah satu perjanjian ONE WAY (sehala), makna kata, apa sahaja butiran dalam perjanjian itu wajib dilaksanakan tanpa kompromi, ertinya PERKATAAN KAJIAN seharusnya tidak TIMBUL. Jika ada pihak berkata, bahawa MA63, perlu dikaji, maka mereka itu boleh dikategorikan sebagai PENGKHIANAT kepada Persekutuan Malayisa.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook