Latest News

Saturday 7 October 2017

Isu RM7.5bilion Dana KKLW: SPRM Hampir Pasti Dapat Mendedahkan Siapa “One man Show”


1. SPRM menganggarkan tidak kurang daripada RM1.5bilion dana KKLW yang berjumlah RM7.5bilion untuk luar bandar Sabah daripada Tahun 2009 sehingga Tahun 2015 telah diselewengkan.


2. Dana sebesar itu merupakan 20% daripada dana keseluruhan. makna kata setiap RM100,000 projek, RM20,000 diseleweng.

3. Mengapa 20% daripada dana diselewengkan? kerana itu merupakan modus operandi pelaksanaan, yang mana syarikat yang mendapat projek itu akan sub-con dengan syarikat lain, dan syarikat lain itu akan membayar kickback sebesar 20%. Jika demikian modus operandinya, maka SPRM tidak akan mendapati sebarang kesalahan, kerana cara itu merupakan persetujuan bersama antara main-con dengan sub-con.

4. Namun, berasaskan kepada data lapangan, walaupun projek-projek bernilai RM7.5bilion telah habis dibelanjakan, akan tetapi projek yang dimaksudkan tidak kenampakan, atau tidak menyelesaikan, masalah rakyat yang perlu diselesaikan.

5. Dalam keadaan inilah, SPRM dapat membuktikan adanya salah guna dana. 

6. Isu dana RM7.5bilion KKLW, yang mana wang itu dibayar kepada syarikat-syarikat untuk melaksanakan projek-projek luar bandar seperti BALB, BELB, JRLB, malah bantuan Makanan Tambahan untuk pelajar miskin, namun sebahagian besarnya tidak dilaksanakan. Isu ini lah yang akan dibuktikan oleh SPRM.

7. jika benar RM1.5bilion merupakan komisyen kepada syarikat main-con, bermakna RM6bilion nilai yang diberikan kepada sub-con. Jika sub-con mendapat keuntungan 20%, ertinya kos untuk menyiapkan projek sebesar RM4.8bilion. 

8. Kalaulah RM4bilion itu, benar-benar dibelanjakan membina kemudahan asas rakyat, walaupun berkurang sebanyak RM3.7bilion, setidak-tidaknya dapat menyelesaikan 90% daripada masalah rakyat. Akan tetapi, masalah rakyat sebelum wang sebanyak itu habis dibelanjakan, adalah sama selepas itu. Berasaskan kepada keadaan inilah, pihak SPRM sejak dua tahun lalu, merasakan ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan projek-projek dibawah kawalan KKLW di Sabah.

9. Memang adat sesebuah syarikat kontraktor, melaksanakan projek-projek sekurang-kurangnya mendapat keuntungan 20%. Akan tetapi, apa yang berlaku kepada semua projek-projek di bawa kawalan KKLW, ianya dimonopoli oleh orang tertentu, di mana orang itu mengawal sebahagian besar syarikat itu, samada main-con ataupun sub-con secara langsung atau secara proksi.

10. Modus Operandi yang dilakukan orang tertentu itulah menyebabkan, projek-projek di bawah kawalan KKLW bermasalah, kerana berlakunya “one man show”. 

11. Pihak SPRM mempunyai tugas mendedahkan siapa orang tertentu yang bertindak sebagai “one man show” tersebut. Siapa kah orang itu? 

12. Untuk sementara, SPRM hanya menangkap mereka yang terlibat sebagai pelaksana, seperti Pengarah Jabatan Air Sabah berserta timbalannya, kemudian dua orang kontraktor selain seorang yang pegawai kerajaan kementerian yang mempunyai tugas sebagai koordinator semua projek-projek KKLW.

13. Nampak gayanya, SPRM sudah mendekati sasaran, untuk mendedahkan siapa pemain utama berkaitan dana KKLW sebanyak RM7.5bilion.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook