Latest News

Monday 2 October 2017

Jambatan Gantung Rosak Pun Salahkan Kerajaan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tidak perlu gosok mata, jgn garu kepala, ya 54 tahun dalam federal... Oleh FB Tj Ajamain  (screenshot)

1. Jambatan gantung dibina kerana atas permintaan pihak-pihak tertentu. Biasanya projek seumpama ini, merupakan projek “one-off” yang menggunakan dana wakil rakyat.


2. Projek seumpama ini, biasanya permohonan “kontraktor’ kampung daripada wakil rakyat. 

3. Tujuan membina jambatan gantung untuk kemudahan menyebarang sungai. Tidak semestinya antara tebing sungai itu ada penduduk ataupun tiada.

4. Jika melihat keadaan jambatan itu, semacam menghubungkan kebun seseorang sahaja, bukan laluan penduduk.

5. Ada kemungkinan besar semasa membina jambatan ini, penduduk yang mempunyai kebun itu “rapat” dengan wakil rakyat, sehinggakan diberikan peruntukan untuk membina jambatan ini.

6. Pada kelazimannya, jambatan seumpama ini mendapat peruntukan “one-off”, ertinya jika berlaku sebarang kerosakan, ianya tanggungjawab pemohon tersebut, misalanya, papan yang reput atau patah.

7. Di Sabah, jarang sudah penduduk menggunakan jambatan seumpama ini, kerana ianya tidak boleh dilalui kenderaan. Rata-rata penduduk Sabah termasuk di Pedalaman sudah menggunakan kenderaan, ertinya jalan perhubungan sudah dibina, jambatan kekal sudah dibina.

8. Kepada pengguna facebook itu, janganlah menghina diri sendiri, kerana masih bercakap keadaan tahun 60-an.

9. Mungkin jambatan ini, boleh jadi produk pelancongan, kerana pelancong daripada negara maju, minat sangat dengan keadaan seumpama ini. Daripada bercakap banyak, lebih baik pengguna facebook itu, termasuk yang mengambil gambar tersebut, menjadikan jambatan ini produk pelancongan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook