TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Max, sama ada Mahathir, Badawi atau Najib adalah PM... Oleh FB Thomas Leung (screenshot)
Pengguna facebook itu, tidak faham apa itu MA63. Sebab itu, dia bercakap kononnya Sabah gagal mengambil balik MA63.
MA63
atau Perjanjian Pembentukan Malaysia Tahun 1963, adalah satu perjanjian
muktamad membentuk pembentukan Persekutuan Malaysia. Perjanjian itu,
tidak boleh diubah, ditukar, dan ianya bukan seperti perjanjian
jaul-beli, yang mana jika ada terma-terma yang tidak dipersetujui, maka
boleh ditukar atau diubah.
Perjanjian Malaysia Tahun 1963 atau MA63, akan kekal selama-lamanya.
Menerusi
MA63, tiga butiran sebagai tiang kepada perjanjian itu, iaitu Sabah dan
Sarawak mempunyai hak istimewa, di mana negeri-negeri tiada hak
sedemikian. Hak-hak itu adalah, Hak Tanah dan Wilayah, Hak atas Kerajaan
Tempatan dan Hak Imigrasi. Hingga sekarang ini, hak-hak itu tetap
kekal.
Memang dalam MA63, tidak disebutkan berkaitan tekonologi,
pelancongan, industri minyak dan distribusi produk itu, kerana semua itu
hanya timbul 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia.
Kini, ramai rakyat bercakap isu-isu yang tidak dibincang atau bukan dalam butiran MA63, dan mengaitkannya dengan perjanjian itu.
Mereka yang bercakap itu, sebenarnya tidak faham apa yang terkandung dalam MA63.
0 comments:
Post a Comment