Latest News

Saturday 14 October 2017

KASIHANNYA PARTI WARISAN SABAH


1. Sudahpun belum teruji mana-mana pilihan raya, kedudukan parti yang ditubuhkan mantan Naib Presiden Umno Datuk Shafie Apdal semakin malap.


2. Parti Warisan Sabah hanya bertunjangkan seorang pemimpin, iaitu Shafie. Walaupun parti itu disertai MP Penampang daripada PKR dan ADUN Likas daripada DAP, serta seorang lagi ADUN daripada Umno, namun mereka itu, bukanlah pemimpin.

3. Darell Leiking menang di Penampang kerana parti, demikian Junz Wong di DUN Likas, sama halnya juga dengan Jaujan di Sulabayan.

4. Kalau juga dilihat status Shafie, beliau menang kerana parti, sebabnya, beliau hanya mula bertanding selepas parti Umno yang beliau sertai telah menjadi tunjang kerajaan Bn Sabah. Shafie bertanding di Parlimen Semporna menggantikan bapa saudara beliau Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) pada PRU 1995.

5. Sementara Naib Presiden parti itu yang ditahan reman oleh SPRM Peter Anthony kerana skandal RM7.5bilion dana KKLW untuk rakyat luar bandar Sabah, hanya merupakan Presiden sebuah NGO KDM.

6. Jika dilihat daripada segi profile semua pemimpin yang menerajui parti itu, tiada yang membolehkan rakyat menyokong mereka.

7. Kini, apabila SPRM membongkar dana KKLW yang dikatakan sebanyak RM1.5bilion telah diselewengkan, maka rakyat seharusnya melihat tindakan itu sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

8. Sesebuah parti akan disokong rakyat, jika para pemimpin mempunyai integriti, selain latar belakang yang memperjuangkan rakyat.

9. Meskipun Shafie telah menjadi wakil rakyat sejak Tahun 1995, dan pernah menjadi anggota kabinet selama 22 tahun, di mana daripadanya 11 tahun sebagai menteri, namun beliau gagal membangun kawasan yang beliau wakili, Semporna.

10. Bayangkan sahaja, kemudahan asas seperti airpun, beliau gagal bawa ke Semporna, malah beliau menjadi mangsa kepada ketidak bertanggungjawaban beliau terhadap rakyat yang diwakili, apabila beliau sendiri jatuh ke laut semasa meniti sebatang jambatan di sebuah perkampungan di Semporna.

11. Apa yang malang, apabila dana kerajaan Persekutuan untuk membela rakyat luar bandar Sabah, yang disalurkan melalui KKLW yang diterajui oleh MP Semporna itu, gagal beliau sempurnakan, malah berlaku kebocoran luar biasa. Sebagai akibatnya, rakyat yang sepatutnya dibela, terpaksa gigit jari, kerana tidak mendapat apa yang seharusnya mereka dapat.

12. Jika rakyat Sabah rasional, profile para pemimpin parti itu, tidak akan mendapat sokongan. 

13. Mereka yang masih bergayut pada parti itu, seharusnya meninggalkan parti, dan berhenti menyokong, kerana kedudukan parti itu tidak akan ke mana-mana.

14. Jangan cuba syiok sendiri, kerana rakyat majoriti melihat dan mengadili setiap lembar profile para pemimpin utama parti itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook