Latest News

Tuesday 17 October 2017

Ketua Menteri Sabah Turun Padang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ADAKAH MEREKA BERDUA DI DALAM PESAWAT MEWAH... Oleh FB Ah Haji Sabturun (screenshot)

Tidak mudah menjadi Ketua Menteri. Sebagai ketua kerajaan, bukan sahaja perlu merancang pembangunan dan kemajuan negeri, akan tetapi memastikan setiap yang dirancang dilaksanakan sesuai dengan skop yang ditetapkan.


Oleh kerana setiap yang dirancang dilaksanakan sesuai dengan bajet atau peruntukan sesuatu projek, maka pengurusan kewangan negeri, termasuk Kementerian Kewangan di mana menterinya adalah Tan Sri Musa dan pembantunya Datuk Ramlee Marhaban mendapat lima bintang daripada Ketua Audit Negara.

Musa dengan jadual yang padat setiap hari termasuk kelepasan am, untuk memenuhi acara turun padang, perlu menggunakan perkhidmatan helikopter untuk sampai ke lokasi dengan masa yang sesingkatnya.

Bagi mereka yang benar-benar rakyat Sabah, sudah tentu mengerti luasnya negeri, iaitu 2/3 daripada keluasan Semenanjung yang meliputi 11 negeri. Namun bagi mereka yang bukan anak jati Sabah, seperti mana pengguna facebook itu, maka tidak tahu bahawa Sabah itu sangat luas.

Sudahlah bukan anak jati Sabah, malah menyokong pembangkang lagi, sebab itu memberi komen yang merapuh, tiada asas, dan komen hanya syiok sendiri.

Jikalah penyokong pembangkang majoriti seperti pengguna facebook itu, maka dapat simpulkan, bahawa mereka itu, tergolong manusia-manusia yang cetek akal. Bagaimana rakyat boleh menyokong kumpulan manusia yang cetek akal?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook