Latest News

Saturday 14 October 2017

Kronologi Shafie Dengan Dana RM7.5bilion KKLW


1. Datuk Shafie Apdal, suatu masa lalu, pernah menyatakan, tiada hasrat merebut jawatan Ketua Menteri, kerana Kementerian yang beliau terajui lebih banyak peruntukan berbanding kerajaan negeri.


2. Kenyataan beliau itu, memangpun benar, kerana peruntukan KKLW berpuluh kali ganda berbanding bajet tahunan negeri.

3. Bayangkan dana RM7.5bilion daripada Tahun 2010-2015, purata RM1.5bilion setahun atau 37.5% berbanding bajet tahunan negeri.

4. Bajet KKLW untuk luar bandar, 100% untuk penyediaan kemudahan asas yang diperlukan rakyat, manakala bajet negeri, meliputi keseluruhan, termasuk bayaran pengurusan seperti gaji kakitangan.

5. Kini, SPRM sedang menyiasat sebahagian daripada dana KKLW untuk tempoh masa itu, yang dikatakan sekurang-kurangnya RM1.5bilion telah diselewengkan.

6. Sejarah kepimpinan Shafie, memang cukup unik. Walaupun beliau merupakan pemimpin negeri, akan tetapi tidak sebulu dengan kepimpinan negeri. 

7. Selama menjadi anggota kabinet, beliau tidak pernah berkunjung hormat kepada Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2003. Perjumpaan beliau dengan kepimpinan negeri, hanya melalui kebetulan, jika hadir pada majlis-majlis rasmi atau perjumpaan politik.

8. Penulis juga difahamkan, setiap mesyuarat Umno Sabah yang dihadiri Ketua-Ketua bahagian, mantan Ketua Bahagian Umno Semporna itu, tidak pernah hadir.

9. Berkaitan projek-projek luar bandar di bawah KKLW, Shafie tidak pernah berbincang dengan kerajaan negeri, berkaitan projek keutamaan rakyat, melainkan kementerian itu semasa diterajui beliau, memutuskan sendiri, projek apa yang dilaksanakan, tanpa mengambil kira kawasan yang benar-benar memerlukan.

10. Menyentuh kemudahasan asas luar bandar, seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik atau jalan raya kampung, projek-projek yang dikendalikan kementerian itu tidak menepati sasaran, sebab itulah kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan itu, sehingga kini menjadi rungutan rakyat.

11. Kalau melihan keluhan-keluhan rakyat menerusi laman sosial seperti facebook, malah blog-blog, saban hari kita dapat membaca keluhan-keluhan tersebut, seperti:- paip ada, tetapi yang keluar angin, malah kepala paip disumbat dengan wang kertas, kemudian gambarnya ditularkan.

12. Selain itu, gambar-gambar jalan kampung yang tidak terurus, berlubang, berlumpur, kerap sekali diviralkan dimedia sosial, sedangkan, di sisi lain, ada jalan-jalan yang dibina menunju kawasan yang tidak berpenduduk.

13. Rakyat juga memuat naik, gambar-gambar tiang elektrik yang tidak berdawai, di mana sepatutnya ianya tidak berlaku.

14. Kalaulah benar, wang sebanyak RM1.5bilion diselewengkan, maka ianya satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan itu menafikan hak rakyat yang benar-benar memerlukan.

15. Jika sekiranya, pelaksanaan projek-projek di bawah KKLW dilaksanakan secara telus, tidak akan timbul siasatan SPRM, sehinggakan menangkap beberapa individu termasuk ahli politik.

16. SPRM hanya menyiasat sesiapa sahaja yang terlibat dengan perbuatan tidak bertanggungjawab, tanpa mengira latar belakang mereka itu.

17. Kepada parti Warisan, jangan politikkan tindakan SPRM itu, kerana kononnya berkaitan dengan PRU-14. SPRM kena membantu, mereka yang tidak terlibat daripada terpalit. Rakyat kena diberitahu, sebab dan mengapa kemudahan asas yang dijanjikan tidak tertunaikan.

18. Ramai sekali pemimpin kerajaan tidak mahu terpalit dengan lumpur yang dibawa oleh pihak lain. SPRM adalah agensi yang menjelaskan semuanya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook