Latest News

Friday 27 October 2017

Kutip Derma: Datuk Shafie Buat Sejarah Memalukan


1. Tidak salah kutip derma, kerana pendermapun memberi tanpa paksaan. Namun, apabila berlaku pada seseorang yang bersifat “Santa claus” semasa jelajah parti Warisan Sabah, maka tindakan mengutip derma untuk menggambarkan TIADA wang, maka sesuatu yang ganjil.


2. Semua individu yang ditahan reman yang berkait dengan skandal RM7.5bilion KKLW telah membayar wang ikat jamin berjumlah RM560ribu, tanpa masalah, namun apabila tiba giliran “bos” tiada duit untuk membayar. 

3. Nampaknya satu gimik atau wayang cuba digambarkan, kerana dakwaan wang RM1.5bilion telah diselewengkan, cuba digambarkan sebagai dakwaan palsu dan fitnah, selain itu, cuba digambarkan juga, bahawa Datuk Shafie adalah mangsa politik.

4. Motif kutipan derma itu, bukannya Shafie atau macai-macai beliau tiada wang, akan tetapi tindakan itu bermotifkan politik, iaitu mahu merai simpati. Mereka akan menilai sejauh mana simpati kepada Datuk Shafie, menerusi jumlah individu yang menderma, bukannya pada nilai derma itu, kemudian mereka nisbah atau transform jumlah penderma itu dalam bentuk sokongan.

5. Merai sokongan politik bermacam-macam kaedah. Orang politik boleh menukar sesuatu yang negatif kepada keuntungan bagi pihaknya.

6. Menerusi tindakan mengutip derma, sudah tentu ada rakyat berbelah bahagi. Ada yang berhujah, jika betul Datuk Shafie adalah dalang kepada pengelapan wang RM1.5bilion, tak kan beliau tiada duit untuk ikan jamin. Di lain pihak pula yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan itu berhujah, Shafie hanya bermain wayang.

7. Tujuan Shafie mengutip derma, setidak-tidaknya daripada 10 orang, ada 1 atau dua percaya bahawa beliau tiada wang, yang membawa makna beliau tidak terlibat menggelapkan wang. Jika tiada tindakan mengutip derma, maka 10 orang itu percaya, beliau terlibat penyelewengan dana KKLW semasa beliau menjadi menteri.

8. Bagi Shafie, menerusi tindakan mengutip derma, “its better to have something, rather than nothing”. Namun sejauh mana sandiwara itu boleh diterjemahkan kepada undi? Tiada guna, hanya menang bersabung akan tetapi kampung tergadai.

9. Bagi rakyat luar bandar yang dinafikan hak mereka berkaitan kemudahan asas, adalah cukup jelas, kerana perbuatan kroni mantan menteri KKLW itu, maka hak mereka dinafikan. Boleh kah rakyat yang dinafikan hak itu dengan mudah memaafkan mereka itu? sedangkan mereka yang bertindak menafikan hak rakyat itu hidup senang linang.

10. Kalau rakyat mempunyai kerajinan menelusuri latar belakang mereka yang ditahan reman itu, tiada latar belakang sebagai peniaga yang berjaya, namun mereka itu mempunyai kekayaan luar biasa. Malah salah seorang yang ditahan itu, cukup terkenal sebagai penjudi tegar, yang boleh kalah setiap berjudi tidak kurang RM1juta.

11. Apa yang jelas, menerusi tindakan Shafie mengutip derma untuk membebaskan beliau daripada tahanan SPRM, merupakan satu sejarah bagi pemimpin politik Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook