Latest News

Thursday 5 October 2017

Laporan RCI PATi Diminta Dibentang di Parlimen- Hanya Gimik Pembangkang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kenapa perlu sampai ke tahap ini... Oleh Thomas Leung (screenshot)


1. LAPORAN RCI PATI SABAH yang diumumkan pada Disember 2014, siapapun boleh membacanya, selain laporan itu juga dimuatnaik menerusi internet.


2. Semua yang berminat berkaitan laporan itu, boleh membaca laporan itu. Ertinya, tiada keperluan bagi DS Najib Razak membentangkannya di Dewan Rakyat.

3. Sesuatu laporan yang perlu dibentangkan di Dewan Rakyat, jika laporan itu masih belum diketahui umum. Jika sudah diketahui, maka sesiapa membentang laporan seumpama itu, boleh dianggap sebagai “badut”.

4. Pembangkang seperti Jo Nandau, mahu memerangkap Perdana Menteri atau menteri-menteri kabinet Persekutuan menjadi badut, apabila membuat desakan supaya laporan itu dibentangkan di Dewan rakyat.

5. Untuk pengetahuan pengguna facebook itu, wakil rakyat Sabah yang menyokong kerajaan seramai 48 ADUN dan 21 ahli parlimen, dan mereka itu mewakili 55% pengundi negeri ini. Makna kata, rakyat 55% itu bersetuju dengan tindakan kerajaan berkaitan RCI PATI Sabah.

6. Dalam sistem demokrasi, suara majoriti adalah pemenang. Oleh kerana suara yang menentang lebih sedikit, maka tiada keperluan menuruti kehendak minoriti itu. Mendengar boleh, melalaklah sekuat hati, kalau boleh, Darell Leiking perlu guna semua jari tangan dan kaki untuk sign petisyen itu, namun kerajaan tetap dengan tindakan MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PATI daripada Sabah.

7. Untuk pengetahuan pengguna facebook itu, sejak Jan 2017 sehingga bulan lepas telah lebih 10 majikan yang menyokong pembangkang, telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana sebagai pelindung kepada PATI, dengan memperkerjakan PATI di premis-premis perniagaan mereka.

8. Untuk makluman pengguna facebook itu juga, setakat ini, tiada seorangpun penyokong kerajaan tertangkap melindungi PATI.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook