1. Dalam sistem demokrasi berparlimen, parti yang mempunyai kerusi
terbanyak, samada secara persendirian atau dalam sesuatu gabungan,
lumrahnya pemimpin parti itu akan dilantik ke jawatan Perdana Menteri,
jika menang dalam pilihan raya.
2. Demikian juga halnya kepada
Lim Kit Siang. Pemimpin DAP sejak tahun 1969 itu akan dilantik ke
jawatan nombor satu negara, jika Pakatan Harapan menang pada PRU-14.
3.
Pakatan Harapan, akan ditunjangi parti DAP, jika menang PRU-14.
Parti-parti dalam PH, seperti PKR, PPBM dan Amanah, hanya mendapat
kerusi untuk mengenapkan kerusi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
4.
Di Malaysia, pada kedudukan sekarang, parti mana atau gabungan
parti-parti yang mendapat 112 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang
dipertandingan, akan membentuk kerajaan.
5. Menurut hemat parti
DAP, parti itu akan menang 50 kerusi parlimen, diikuti PKR 40, PPBM 12
dan Amanah 10. Menerusi jumlah kerusi tersebut, DAP dalam perkara ini
Lim Kit Siang, kalau tidak mahu dilantik ke jawatan Perdana Menteri,
akan tetapi sebagai kingmaker bagi menentukan siapa Perdana Menteri,
seperti mana yang berlaku pada Tahun 2008, di Perak, yang mana pemimpin
Pas yang dilantik ke jawatan Menteri Besar, akan tetapi hanya boneka
kepada pemimpin DAP.
6. Pendekatan Lim Kit Siang sekarang,
termasuk para pemimpin parti itu, dan juga Tun Dr Mahathir Mohammad
menafikan dakwaan sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa pemimpin utama
DAP itu bakal menjadi Perdana Menteri.
7. Dalam isu perlantikan
jawatan Perdana Menteri, Kit Siang benar-benar memperkudakan Tun Dr
Mahathir supaya mantan Perdana Menteri itu menjadi orang depan menangkis
dakwaan tersebut. Tujuan kepada penafian itu, sebenarnya, supaya kaum
melayu terperangkap menyokong calon-calon PPBM dan Amanah serta PKR di
kawasan majoriti kaum melayu.
8. Lim Kit Siang tahu, jika PKR,
PPBM dan Amanah secara kombinasi tidak menang 62 kerusi, maka hasrat
beliau menjadi Perdana Menteri tidak akan tercapai.
9. Jika Kit
Siang tiada hasrat menjadi Perdana Menteri, mengapa sejak penubuhan
parti itu, tidak pernah berganti pemimpin utama.
10. PRU-14, merupakan peluang terakhir MP Gelang Patah itu merealisasikan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri.
0 comments:
Post a Comment