Latest News

Friday 13 October 2017

Loji Air Sg Intan Semporna Menghantui Datuk Shafie Apdal


1. Mengapa Loji Air kg Intan, Semporna menjadi trade mark Datuk Shafie Apdal? Sebabnya projek itu terletak di kawasan yang diwakili beliau sejak Tahun 1995. 


2. Projek yang bernilai RM48juta itu sepatutnya boleh mengeluarkan air yang telah diproses sebanyak 6Juta Liter sehari (6MLD). Jumlah itu bukan saja cukup bagi penduduk kampung itu yang hanya berjumlah 1,800, akan tetapi pengguna lain di Semporna.

3. Malang sungguh, walaupun loji telah siap, akan tetapi tidak beroperasi sepenuhnya, kerana lokasi yang salah, iaitu ketiadaan sumber air untuk diproses.

4. Sungai Intan, walaupun dinamakan sungai, tetapi, bukan sungai sepenuhnya, ianya hanya sebuah “stream” atau anak sungai.

5. Di pihak parti Warisan Sabah, mereka meletakkan kesilapan lokasi itu, kepada juru perunding projek itu, kerana menurut mereka, lokasi dan kajian lokasi ditentukan sepenuhnya oleh juruperunding projek itu, manakala KKLW hanya menyalurkan dana.

6. Argumen itu memang ada kebenarnya, kerana sesebuah projek yang mempunyai kos sebesar itu, perlu ada juruperunding, selain kajian alam sekitar sebelum projek itu dilaksanakan.

7. Sudah tentu pihak SPRM telah memanggil atau menyiasat juruperunding itu, bagi mengenal pasti, mengapa kah projek itu dibina di lokasi yang salah.

8. Benefisiari kepada projek itu adalah Datuk Shafie Apdal, kerana beliau merupakan wakil rakyat kawasan itu, dan kebetulan pula menteri yang menyalurkan dana.

9. Mengapa kah beliau boleh terlepas pandang? sehinggakan penantian berpuluh tahun penduduk kawasan itu mendapatkan air yang dirawat akan terpenuhi apabila projek itu siap sepenuhnya, akan tetapi penantian itu berkecai, apabila projek itu hanya menjadi gajah putih.

10. Di mana sudah integriti MP Semporna itu? sedangkan kawasan beliau sendiri, beliau terlepas pandang? 

11. Penulis masih berpandangan, bahawa menteri itu, kemungkinan “ditipu” oleh para juruperunding, kontraktor dan para pegawai beliau sendiri. 

12. Jika beliau merasa tertipu dengan pelaksananaan projek itu, maka beliaulah sepatutnya melaporkannya kepada pihak SPRM untuk menyiasat, bukannya menunggu pihak lain melaporkannya.

13. Atau kah projek itu, memang untuk kroni??? Menunggu SPRM menentukannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook