Latest News

Wednesday 4 October 2017

Mazhab Lim Kit Siang: Pemimpin Umno Tidak Boleh Membela Parti Sendiri


1. Salah satu isyrat nyanyuk, apabila seseorang itu marah bila mana seseorang itu membela dirinya sendiri.


2. Akhir-akhir ini didapati, bahawa Lim Kit Siang (pemimpin utama DAP) marah sangat kepada dua orang pemimpin Sabah, antaranya Datuk Salleh Tun Said, kerana membela Umno dan Bn dengan fakta-fakta yang sukar disanggah oleh Lim Kit Siang dan para pemimpin pembangkang.

3. Sifat seseorang yang cetek akal, akan cepat melenting, apabila tidak dapat menyanggah pendapat orang lain, atau tidak dapat mengeluarkan sebarang fakta menyanggah fakta yang dikemukakan pihak lain.

4. Seseorang nyanyuk juga, boleh bertindak demikian, walaupun pada kebiasaannya, seseorang yang nyanyuk akan “ngacok” kerana kehilangan ingatan.

5. Kepada rakyat negara ini, anda telah saksikan bahawa dua orang yang sudah nyanyuk bercadang mencatur negara. 

6. Boleh kah kita yang merupakan 95% rakyat negara ini yang belum termasuk dalam kumpulan nyanyuk, bersandar harap pada dua individu nyanyuk?

7. Individu nyanyuk akan mengelar atau memanggil lawannya dengan berbagai gelaran jelek, termasuk “badut” seperti mana pemimpin utama DAP itu labelkan kepada Datuk Salleh.

8. Sudah jelas menerusi tindakan Kit Siang itu, beliau sudah kehilangan pertimbangan dalam arena politik tanah air, sehinggakan memerperkenalkan fahaman, bahawa pemimpin sesebuah parti lawan beliau tidak boleh mempertahankan parti sendiri.

9. Tindakan Lim Kit Siang itu menunjukkan beliau benar-benar nyanyuk.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook