Latest News

Tuesday 31 October 2017

Membenteras PATI Sabah Menerusi THTO


1. Tahu kah anda apa itu THTO. THTO adalah TIADA HARI TANPA OPERASI. THTO adalah kaedah yang digunapakai Kerajaan Negeri untuk membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).


2. Sebelum penubuhan RCI PATI Sabah, kerajaan negeri sudah melaksanakan pendekatan THTO, kemudiannya selepas Laporan RCI PATI Sabah pada Disember 2014, telah menambah pendekatan itu menerusi MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PATI, sehingga Sabah bebas PATI.

3. Sejak Tahun 1990, seramai 553,692 PATI telah dihantar pulang ke negara asal. Menerusi jumlah itu kerajaan terpaksa berbelanja tidak kurang RM140juta, tidak termasuk kos operasi, penempatan, serta makan minum PATI di pusat-pusat tahanan sementara.

4. Jika ada dakwaan, bahawa kerajaan merupakan peternak PATI, dakwaan itu tiada asas. 

5. Jika kerajaan perlu memilih, sudah tentu tidak akan memilih wang sebanyak itu disalurkan kepada rakyat memerlukan, khususnya mereka yang berada di luar bandar.

6. Kehadiran PATI membebankan kerajaan, meskipun menguntungkan sektor pembinaan dan peladangan, kerana syarikat-syarikat berkenaan dapat tenaga buruh murah. Sebenarnya, sektor-sektor inilah penggalak kedatangan PATI di Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook