Latest News

Friday 13 October 2017

Memimpin Untuk Rakyat Atau Kroni?


1. SEMENTARA PRU-14 semakin hampir, rakyat sudah dapat membandingkan pemimpin yang memimpin kerana kroni dan pemimpin yang memimpin kerana rakyat.


2. Demi komen yang adil, maka untuk membandingkan antara pemimpin, maka perlu mengambil satu lokasi dengan projek yang sama.

3. Oleh kerana masalah air menjadi berita panas sejak Oktober 2016, ekoran siasatan SPRM terhadap Jabatan Air Sabah yang berkaitan dana RM3.3bilion untuk bekalan air bersih luar bandar (BALB), maka penulis melihat Loji Penapis Air di Semporna untuk dibandingkan, kerana di kawasan itu telah dibina dua projek penapisan air, yang satu dilaksanakan menerusi KKLW bernilai RM48juta, dan satu lagi dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan nilai RM150juta.

4. Bagi projek yang dilaksanakan KKLW berkapasiti 6MLD (6 milion liter perday), sementara yang dilaksanakan kerajaan negeri berkapasiti 30MLD. Di antara dua projek itu, menerusi tulisan ini, tidak dapat dijelaskan, mana satu projek yang kos efektif, kerana penulis tidak melihat BQ kedua-dua projek tersebut.

5. Namun, secara kasar projek yang dilaksanakan KKLW jauh lebih mahal, kerana berkos RM8juta/MLD, sementara projek yang dilaksanakan kerajaan negeri berkos RM5juta/MLD.

6. Sebenarnya artikel ini tidak menganalisa berkaitan kos efektif, akan tetapi bagai mana dua projek itu dilaksanakan, iaitu dalam soal penyediaan bekalan air bersih. Yang mana satu projek yang menepati tujuan untuk mengatasi masalah air bagi penduduk Semporna.

7. Sepertimana di ketahui, projek Penapis Air yang dilaksanakan KKLW itu sedang disiasat SPRM, kerana hanya satu sebab- Projek itu tidak menepati tujuan, ertinya projek itu hanya gajah putih. Apabila sesuatu projek menjadi gajah putih, maknanya, wang yang dibelanjakan adalah percuma atau sia-sia.

8. Bagi projek yang dilaksanakan kerajaan negeri, walaupun masih dalam pembinaan, nampak gayanya akan menepati tujuan; sebabnya, sumber air terjamin (Sungai Kelumpang), speksikasi loji menepati piawaian sebagai loji air. Berbanding dengan loji yang dibina KKLW yang dikenali sebagai Loji Air Sungai Intan, yang dibina di kawasan ladang kelapa sawit yang tidak mempunyai sumber air. Oleh kerana tiada sumber air, maka loji itu tidak digunakan walaupun telah lama siap sepenuhnya.

9. Melihat kepada dua projek penapis air itu, rakyat sudah dapat membezakan, mana satu pemimpin yang memimpin untuk kroni atau mana satu pemimpin yang memimpin kerana rakyat.

10. Kebetulan projek yang dilaksanakan menerusi KKLW, pemimpin yang bertanggungjawab, tidak lain tidak bukan adalah MP kawasan itu, kerana selain MP, beliau juga merupakan menteri KKLW sewaktu projek itu dilaksanakan. Sementara projek yang dilaksanakan Kerajaan Negeri, pemimpinnya sudah tentunya Tan Sri Musa Aman. Musa adalah wakil rakyat Dun Sibuga, Sandakan. Pembinaan loji air yang dilaksanakan kerjaan negeri, hanya meliputi Semporna, dan sebahagian di kawasan sempadan Lahad Datu, dan tidak meliputi Sandakan.

11. Daripada dua projek itu, rakyat kini jelas, bahawa kepimpinan negeri Sabah yang diterajui Musa, memang mendengar degup jantung rakyat, jauh sekali mengutamakan kroni.
12. Rakyat juga dapat menilai berkaitan siasatan SPRM berkaitan dana RM7.5bilion KKLW daripada Tahun 2009-2015 semasa Shafie menteri KKLW, yang mana menurut siasatan awal SPRM sejumlah RM1.5bilion telah diselewengkan, namun jika ditelusuri secara detail, kemungkinan besar kebocoran dana itu tidak akan kurang daripada RM2.7bilion. Jika mengambil padanan kos projek penapis air yang dilaksanakan kerajaan negeri kos sejumlah RM2.7bilion, dapat membina 18 loji bernilai RM150juta setiap satu, atau dapat membina loji berkapasiti 540MLD.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook