Latest News

Thursday 5 October 2017

Mengapa Pemimpin Sabah Membela DS Najib Razak?


1. Hanya satu sebab mengapa pemimpin Sabah dan sebahagian besar rakyat Sabah membela Dato Seri Najib Razak, iaitu apabila dikumpulkan sumbangan 5 Perdana Menteri negeri ini, sumbangan Perdana Menteri ke-6 kepada Sabah dan rakyat jauh lebih besar.


2. Sebagai contoh lantikan ke kabinet Persekutuan, di era Najib lah ramainya pemimpin Sabah dilantik, selain itu diberikan jawatan-jawatan penting dan kanan.

3. Daripada segi peruntukan, jumlahnya cukup besar, sebagai contoh dana untuk Lebuh Raya Pan Borneo, dana untuk upgrade Lapangan Terbang Sandakan, peruntukan untuk keselamatan, malah peruntukan membanguan luar bandar yang dikendalikan KKLW juga cukup besar.

4. Di era Najib juga 16 September disambut secara kebangsaan, malah Sabah dan Sarawak menjadi hos sambutan itu, setiap tahun secara bergilir.

5. Najib adalah Perdana Menteri Malaysia yang kerap membuat lawatan ke sabah, dan sudah tentunya setiap lawatan mengumumkan penyelesaian terhadap rungutan rakyat Sabah.

6. DS Najib merupakan Perdana Menteri yang menubuhkan Jawatan kuasa untuk melihat buitran MA63 yang terlepas pandang untuk dilaksanakan. Bayangkan selepas kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman mantan TPM pada tahun 70-an hanya era menerusi DS Najib sanggup melihat butiran-butiran dalam MA63 mana yang belum atau sudah dilaksanakan sepenuhnya.

7. Selama 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir, sesiapa sahaja rakyat Sabah bercakap negatif berkaitan MA63 atau 20 Perkara, dianggap sebagai anti Persekutuan, dan mereka itu ditangkap menggunakan ISA.

8. Melihat kepada faktor-faktor yang disebutkan di ataslah, mendasari mengapa rakyat dan pemimpin Sabah membela DS Najib Razak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook