Latest News

Monday 9 October 2017

Mike Lius – Baru Keluar Dari Laut

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 19 Tahun jadi ketua manteri dan ketua manteri kewangan Sabah dana2... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Kerana lama melanun di laut, dan baru ke darat, sehinggakan, mabuk laut belum hilang, mahu juga memberi komen sesuatu yang dia tidak tahu.



Di Dewan Undangan Negeri, tempat yang tertinggi dan mulia bagi orang politik, telah dinyatakan, bahawa sejak Datuk Shafie menjadi Menteri termasuk Menteri KKLW, beliau tidak pernah berjumpa dengan pemimpin negeri untuk membincangkan keperluan pembangunan untuk Sabah, termasuklah semasa beliau menerajui kementerian KKLW.

DUN Sabah diberitahu, bahawa semua urusan berkaitan projek-projek KKLW di Sabah dilaksanakan 100% oleh kementerian itu, termasuk perlantikan kontraktor, pembayaran, pemantauan dan semua urusan berkaitan sebarang projek.

Kerajaan Negeri Sabah, tidak diberi sebarang maklumat, berkaitan projek-projek yang dilaksanakan kementerian itu semasa diterajui Datuk Shafie Apdal.

Kerajaan Negeri hanya mengetahui melalui Bajet Persekutuan bahawa Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan besar kepada Sabah bagi membina kemudahan asas rakyat luar bandar, seperti Bekalan Air bersih Luar bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Jalan Raya Luar Bandar sejak tahun 2009. Namun bermula pada Tahun 2014, di merata tempat di Sabah, rakyat luar bandar saban hari mengeluh kerana tiadanya kemudahan asas seperti mana yang dijanjikan kerajaan sejak PRU 2008.

Malah di sidang DUN Sabah, ramai sungguh wakil rakyat menyuarakan keluhan rakyat di kawasan masing-masing berkaitan kemudahan asas.

Apabila kerajaan Negeri mencari tahu dan bertanyakan kepada Perdana Menteri, yang juga menteri kewangan persekutuan, maklum balas daripada beliau, bahawa sejumlah RM7.5bilion sudah habis dibelanjakan oleh KKLW menyelesaikan rungutan rakyat tersebut.

Malah pencapaian KKLW melebihi sasaran jika dilihat daripada pencapaian membelanjakan peruntukan kementerian tersebut di Sabah. Namun, apa yang malang, apabila diperiksa di lapangan, kesan kepada dana itu tidak kenampakan, hanya yang ada, paip yang tidak berair, loji penapisan air yang tidak beroperasi, tiang litrik yang tidak berpendawai, jalan raya yang dibina di kawasan tiada penduduk.

Di sini lah menjadi kemuskilan, kemana dana sebesar RM7.5bilion dibelanjakan. SPRM tengah mencari tahu, kemana wang itu digunakan.  
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook