1. Tun Dr Mahathir terkilan, kerana selama 22 tahun gagal memberi pendapatan kepada penduduk kampung.
2.
Mantan Perdana Menteri itu lebih minat pada projek-projek. Sebab itu,
menerusi penggalakan ekonomi, seperti premtif yang beliau perkenalkan,
beliau suka memberikan kepada syarikat-syarikat atau kontraktor besar.
Sebabnya, hanya syarikat atau kontarktor boleh membayar “kickback”.
3.
Berbeza dengan Dato Seri Najib Razak. Bagi maksud menambah daya beli
penduduk kampung, beliau secara langsung memberikan tunai menerusi BR1M.
menerusi cara ini, aktiviti ekonomi peruncitan juga dipacu, akan tetapi
Zero kickback. Bayangkan pada Tahun 2017, seramai 7 juta penerima BR1M,
dengan jumlah wang tunai 7 berbilion ringgit sampai ke tangan rakyat
yang memerlukan. Jumlah wang itu 100% sampai ke tangan yang memerlukan.
Jika jumlah itu ikut cara Tun Dr Mahathir menerusi premtif yang beliau
laksanakan, setidak-tidak bocor ditengah jalan paling tidakpun
RM1.4bilion, sperti mana yang berlaku pada dana RM7.5bilion KKLW kepada
rakyat luar bandar Sabah.
4. Bagi orang kampung, antara dua
pemimpin ini banyak bezanya. DS Najib lebih minat, ramai rakyat mendapat
manfaat secara langsung dan segera, manakala, Tun Dr Mahathir lebih
minat pada yang sedikit dan tidak pasti impaknya.
5. Belum
terlalu lama. Tun Dr Mahathir hanya bersara pada Tahun 2003. Cuba lihat
kembali 5 tahun sebelum beliau bersara, janganlah 10 tahun, kerana
rakyat yang mengalami pemerintahan beliau akan lebih geram. Cuba
bandingkan pembelaan DS Najib kepada rakyat bermula Tahun 2009. Anda
terus mengomel sendiri, mengapa PM ke-6 itu tidak jadi Perdana Menteri
ke-4 negara. Jika Najib menjadi PM ke-4 negara, Lebuh raya Pan Borneo
sudah lama siap. Jika Lebuh Raya itu dibina 20 tahun lalu, kosnya bukan
RM12bilion akan tetapi hanya RM2bilion.
6. Mengapa Tun Dr
Mahathir memberi panggilan jelek kepada DS Najib Razak, seperti
panggilan pencuri? sebabnya, beliau begitu cemburu sekali, terhadap
tindakan PM ke-6 itu.
7. Kini, Tun Dr Mahathir mahu membunuh
pemimpin yang membela penduduk kampung atau rakyat Malaysia yang
tergolong Bawah 40, yakni keluarga 7 juta penerima BRIM.
8.
Kepada rakyat yang dibela, sanggup kah anda melihat begitu sahaja
pemimpin yang membela anda dibunuh? semata-mata untuk memenuhi hasrat
seorang mantan pemimpin yang mahukan Lim Kit Siang menjadi Perdana
Menteri???. Tepuk dada tanya selera.
0 comments:
Post a Comment