Latest News

Thursday 19 October 2017

Orang Kampung Mana Faham Inflasi


1. Rakyat yang tergolong dalam kategori B40, yakni rakyat berpendapatan rendah, hampir 100% pendapatan mereka digunakan untuk keperluan harian, seperti makanan, sewa rumah, pengangkutan dan sedikit untuk belanja anak-anak bersekolah.


2. Oleh kerana, kecenderungan keperluan harian itu meningkat mendadak, maka menyebabkan sara hidup semakin tinggi. 

3. Rakyat pada kumpulan sedemikian mengukur wang yang mereka perolehi dengan kuantiti barangan yang mereka perolehi. Apabila wang RM100 yang mereka miliki, tidak dapat membeli barangan keperluan mereka seperti mana 5 tahun lalu, maka mereka menuduh kerajaan tidak membela mereka.

4. Tiada yang dapat menafikan, bahawa memang harga barangan meningkat naik. Sebagai contoh, 5 tahun lalu, harga kueh yang dijual di tetapi jalan pada waktu pagi, berharga RM20sen, kini sudah RM33.33 atau 3biji untuk seringgit. Namun, bagi mereka yang berjualan tidak memasak sendiri, akan menjual kueh yang sama pada harga 5 biji @RM2. Melihat kepada pergerakan harga itu, didapati berlakunya kenaikan harga tidak kurang 67%. Ambil contoh harga sardin kingcup size besar berharga RM5.75 kini RM8.75, ertinya meningkat RM3, atau meningkat 52.17%.

5. Harga ikan basung, 5 tahun lalu, RM2 sekilogram, kini antara RM8-12 sekilogram, di musim ikanpun, jika turunpun pada harga RM6 sekilogram.

6. Laporan statistik, bahawa purata median pendapatan rakyat negara ini telah meningkat ke angka RM5,228 pada Tahun 2016, berbanding Tahun 2014 RM4,585. Namun jumlah itu jika dilihat daripada sudut mereka yang berada pada kumpulan B40, jumlah itu 261% diatas pendaftaran pendapatan sebenar golong itu, dengan kata lain pendapatan sebenar rakyat dalam kumpulan B40 hanya 1/5 daripada jumlah itu, iaitu RM1,045. jika kumpulan itu mendapat BR1M Rm1200, maka pendapatan mereka menjadi RM1,145 sebulan. Menerusi pendapatan sedemikian, jika ditarakan dengan peningkatan harga barangan, maka kumpulan ini, tetap sahaja dalam kumpulan miskin.

7. Bagi rakyat kampung, jika pemimpin kerajaan mengunapakai hujah laporan statistik itu, tidak bakal mereka cerna, kerana bagi mereka, kedaan kehidupan harian merupakan perkara pokok. Bagi penduduk kampung, apabila wang RM100 yang mereka miliki, dapat mengembalikan kuantiti barangan yang mereka dapat 5 tahun lalu, maka pada situasi itulah mereka beranggapan bahawa kerajaan telah membela mereka. Oleh kerana harga barangan tidak mungkin kembali ke belakang, kecuali dengan kuasa kerajaan menerusi penetapan harga atap, maka cara penyelesaiannya, pendapatan perlu didorong ke atas. Dalam keadaan sekarang, agar rakyat yang berada dalam kumpulan B40 menganggap mereka dibela, jika kerajaan memberikan huluran tunai, paling kurangpun RM500 sebulan, bermakna BR1M perlu dinaikan kepada RM6,000.

8. Jika kerajaan melaksanakan pendekatan ini, sebenarnya, tidak merugikan kerajaan, kerana industri peruncitan akan terdorong maju.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook