Latest News

Monday 23 October 2017

Pantai Timur Bukan Wilayah Shafie


1. Bagi penganalisis politik yang kurang arif berkaitan politik Sabah, termasuk mereka yang bergelar profesor universiti awam yang tidak pernah bertugas atau bermastatutin di Sabah, mendakwa bahawa Shafie akan menguasai Pantai Timur Sabah, khususnya kawasan-kawasan parlimen di kawasan tersebut. 


2. Kawasan parlimen bagi Pantai Timur Sabah jika menurut wilayah Esszone/Esscom adalah Parlimen Kudat, Parlimen Libaran, Parlimen Sandakan, Parlimen Batu Sapi, Parlimen Beluran, Parlimen Silam, Parlimen Semporna dan Parlimen Tawau.

3. Pada PRU-13 lalu, daripada 8 kawasan tersebut, hanya Parlimen Sandakan dimenangi parti pembangkang, menerusi parti DAP.

4. Diantara kawasan tersebut, hanya dua kawasan tidak diwakili parti Umno, iaitu kawasan Batu Sapi dan Tawau. Dua kawasan itu diwakili parti PBS, komponen BN Sabah.

5. Di Parlimen Libaran, terletaknya ADUN Sungai Sibuga yang diwakili Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman.

6. Juga pada PRU-13 lalu, di peringkat DUN, hanya satu kawasan dimenangi parti pembangkang melalui parti DAP iaitu DUN Sri Tanjong dalam parlimen Tawau.

7. Daripada 8 kawasan parlimen di Pantai Timur Sabah, 5 merupakan wilayah Umno, termasuk Parlimen Semporna. Manakala kawasan DUN yang ditandingi parti komponen, hanya Dun Karamunting dan Elopura kemenangan di bawah 1 ribu undi, manakala kawasan lain dimenangi dengan majoriti cukup besar.

8. Memang kalau dilihat daripada preskriptif etnik, memang Pantai Timur bermajoriti bumiputra islam termasuk bajau etnik Shafie, namun di kawasan itu tidak sedikit pemimpin bumiputera islam, antaranya Datuk Nilwan Kabang, Datuk Tawfik, Datuk Rahim Bakri, Datuk Bolkiah Ismail, Datuk Nasrun Mansor selain Tan Sri Musa Aman sendiri.

9. Di kawasan Semporna sendiri, ada Datuk Ramlee Marhaban, Datuk Baslie Abdul Hamid, Datuk Heman Mohammad.

10. Malah di kawasan Tawau adanya Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Datuk Syed Abas Syed Ali.

11. Kalau dilihat daripada ramainya pemimpin Umno dan bumiputera islam yang berkelibar di kawasan Pantai Timur, berbanding Datuk Shafie seorang, apa kah boleh disimpulkan bahawa kawasan itu merupakan wilayah Shafie?

12. Daripada segi lojikpun, kesimpulan itu tiada kelojikan, sebabnya, kesimpulan itu seolah-olah begitu ramainya pemimpin di kawasan itu kalau dikumpulkan kekuatan tidak dapat menandingi kekuatan Shafie.

13. Penganalisis yang membuat kesimpulan itu, mungkin melihat kepada kedudukan Shafie dalam Umno semasa bersama parti itu, namun terlepas pandang kepada kedudukan Musa, yang mana Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu, pernah juga bertanding AMT Umno dan menduduki urutan kedua undi tertinggi, sedangkan pada masa sama, Shafie juga turut bertanding, akan tetapi hanya berada dalam kelompok 20. Hanya menerusi pertandingan Tahun 2009, di mana Shafie bertanding Naib Presiden, akan tetapi Musa tidak bertanding apa-apa jawatan dalam parti, kerana memberi peluang kepada calon-calon daripada Sabah, termasuk Datuk Lajim Ukin.

14. Kemenangan calon-calon daripada Sabah, selain sokongan padu daripada perwakilan daripada negeri itu, juga sokongan daripada negeri-negeri lain. Khusus untuk Shafie, kemenangan beliau merebut salah satu Naib Presiden parti, hanya kerana semasa pertandingan itu, beliau mempunyai tag “blue eye boy” untuk DS Najib selain sokongan padu daripada perwakilan parti daripada Sabah.

15. Sebagai catitan, Sabah mempunyai keahlian teramai dalam parti. Oleh kerana keahlian yang teramai, maka perwakilanpun teramai berbanding negeri-negeri lain termasuk Johor dan Perak.

16. Memang kalau dilihat kepada kemenangan Shafie setiap pilihan raya sejak tahun 1995 mempunyai majoriti yang cukup besar. Kemenangan besar itu, tidak menunjukkan pengaruh individu Shafie, sebabnya kawasan-kawasan lain yang ditandingi Umno juga mempunyai k
ecenderiungan yang sama. Berasaskan kepada keadaan itu, pengundi meyokong kerana parti, walaupun pengundi melihat juga kepada calon, seperti mana berlaku di Dun Klias, walaupun Lajim bertanding melawan calon Umno akan tetapi masih menang dengan majoriti yang sangat tipis.

17. Pada PRU-14 akan datang, kalaupun Shafie mempunyai sokongan, ianya hanya untuk diri beliau sendiri, tidak akan merebak pada calon-calon lain yang berafiliasi dengan beliau.

18. Jika Shafie mempunyai sokonganpun, sokongan itu sudah tidak terjamin lagi, ekoran skandal yang beliau depani masa kini, iaitu skandal RM7.5bilion dana KKLW semasa beliau menerajui kementerian itu daripada Tahun 2009-2015.

19. Shafie berdepan siasatan SPRM berkaitan dana RM7.5bilion KKLW, yang menurut siasatan awal SPRM sekurang-kurangnya RM1.5bilion telah diselewengkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook