Latest News

Wednesday, 4 October 2017

Parti Tun Dr Mahathir: Antara Fakta dan Persepsi


1. Parti tajaan Tun Dr Mahathir- PPBM, hanya ada 1 ahli Parlimen dan dua ADUN ( satu daripada Johor dan satu daripada Kedah). 


2. Kalau bercakap soal jumlah ahli Parlimen, parti Umno ada 86, ertinya ahli parlimen PPBM hanya 1.16% darpada ahli Parlimen parti UMNO.

3. Kalau dilihat para pemimpin PPBM, hanya tiga orang merupakan wakil rakyat, sedangkan parti Umno ratusan orang. Agak-agaknya dalam dunia demokrasi, yang ratusan yang menang kah atau yang tiga?

4. Apabila Syed Saddiq, Ketua Armada PPBM mendakwa, kononnya dia ditawarkan RM5juta untuk keluar partinya, maka dakwaan itu melucukan. Mengapa Umno beria-ia sangat membuang wang pada seseorang yang tiada kedudukan? Terdesak kah Umno sehinggakan memerlukan seseorang seperti Saddiq membantu parti itu!!!!.

5. Para pemimpin PPBM sebenarnya tenggalam dengan fantasi mereka sendiri. Mereka terperangkap dengan ilusi ciptaan mereka. 

6. Mereka bersandar pada Tun Dr Mahathir, seorang individu berusia 92 tahun. Kita kena ambil hukum alam, setiap manusia tidak terlepas pada hukum alam “alam nyanyuk”.

7. Boleh kita mahu bersandar pada individu yang sudah berada dalam alam nyanyuk? Individu dalam alam nyanyuk terbuai dengan fantasi dan ilusinya sendiri. Sebab itu, mereka yang tergolong kategori ini, tua mengaku muda, umur 85 tahun mengaku 50.

8. Dunia fantasi dan ilusi, merebak pada anak muda- Saddiq, sehinggakan mendakwa ditawarkan RM5juta!!!

9. Terlalu hodoh dan jelek, dan tidak dapat menilai permata dan batu, jika ada individu yang menawarkan RM5 juta kepada seseorang seperti Syed Saddiq.

10. Satu mesej yang ingin disampaikan melalui dakawaan itu, memalitkan imej buruk kepada DS Najib Razak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook