Latest News

Wednesday 25 October 2017

Parti Warisan Sabah Bukan Saingan Bn Sabah



1. Pemimpin parti Warisan Sabah menyamakan kedudukan parti mereka dengan status parti Berjaya dan PBS semasa ditubuhkan dan kemudiannya menyertai pilihan raya seterusnnya menang.


2. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Sabah, kedudukan parti Warisan, Berjaya dan PBS amat berbeza.

3. Parti Berjaya semasa ditubuhkan dan seterusnya semasa menyertai pilihan raya mendapat sokongan daripada pemimpin dan kerajaan Persekutuan, manakala PBS kerana akibat isu kaum yang melibatkan KDM. Manakala parti Warisan ditubuhkan hanya mempunyai satu matlamat- Datuk Shafie mahu menjadi Ketua Menteri.

4. Oleh kerana parti Warisan hanya bermatlamat mahu menang pilihan raya untuk menjadikan Shafie ketua Menteri Sabah, menjadikan parti itu bukan ancaman kepada parti Bn Sabah, akan tetapi hanya sebagai pesaing dalam pesta demokrasi.

5. Seperti dalam acara lumba lari, sudah tentu ada peserta yang dihandalkan kerana mempunyai kepantasan lebih baik daripada pelari lain. Walaupun demikian, jika peserta akhir berjumlah 8 orang, maka pelari lain akan juga ikut berlumba sebagai pesaing kepada pelari yang memang dijangka keluar sebagai pemenang. Harapan pelari lain, mana lah tau, ditengah perlumbaan pelari yang dijangka menang mengalamai kecederaan.

6. Peluang parti Warisan untuk menang, jika berlaku sesuatu luar biasa kepada Bn Sabah, misalnya, berlakunya perpecahan parti-parti komponen. jika itupun berlaku, parti Umno akan dapat mempertahankan kerajaan negeri walaupun dengan jumlah majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri.

7. Parti Warisan Sabah, walaupun dipimpin bumiputera islam, akan tetapi penyokongnya bukan daripada kalangan bumiputera islam. 

8. Pada PRU-14 akan datang, jika parti itu mendapat kerusi, bukan datang di kawasan bumiputera islam.

9. Jika pada PRU-13, PKR menduduki jumlah undi secara keseluruhan di urutan kedua selepas Bn, namun pada PRU-14, kedudukan itu akan diambil alih parti Warisan, kerana para penyokong PKR beralih kepada parti itu. Jika demikian duduk perkaranya, maka parti pimpinan Shafie itu akan menang di kawasan-kawasan yang dimenangi PKR pada musim pilihan raya lalu.

10. Melihat kepada senario politik semasa, walaupun pimpjnan parti Warisan Sabah terpalit dengan skandal Dana RM7.5bilion KKLW, nampak gayanya sokongan daripada KDM masih intake terhadap parti itu.

11. Bagi kaum KDM di Sabah sekarang, mereka hanya ada dua pilihan, samada memyokong Bn atau parti Warisan. Parti-parti lain termasuk parti Dr Jeffery Kitingan, STAR atau PCS parti Datuk Wilfred Bumburing atau Parti Anak negeri pimpinan Datuk Henrynus Amin, tiada petunjuk mendapat sokongan.

12. Bagi kaum KDM, hanya parti Warisan Sabah mampu bersaing dengan Bn Sabah. Dalam fikiran kaum itu, Shafie akan mendapat sokongan daripada kaum bumiputera islam khususnya di kawasan Pantai Timur.

13. Untuk makluman kaum KDM, Shafie bukanlah “figura” bagi kaum bumiputera islam. Tiada petunjuk bahawa Shafie mampu mendapat sokongan bumiputera islam.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook