Latest News

Tuesday 31 October 2017

Pembangkang Berpendidikan Tidak Semestinya Berakal

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Woah. Berapa ramai PTI ni... Oleh FB Page Ini Sabah Bah (screenshot)
(ii) DON'T EXPECT MUSA OR BN TO ADDRESS THE ILLEGAL ALIEN IN SABAH SERIOUSLY UNTIL IT IS TOO LATE... Oleh FB Page The Voice (screenshot)

Tajuk di atas sesuai dengan Darell Leiking. MP Penampang itu bertanya, daripada 3.9juta penduduk Sabah berapa yang PATI? Sedangkan statistik sudah merekodkan, daripada jumlah itu 1.1juta bukan rakyat Sabah, ertinya dalam jumlah itu termasuk juga PATI.



Mengapa PATI termasuk dalam 1.1juta itu? sebabnya mereka itu sedang dalam tahanan sementara di beberapa lokasi di Sabah. 


Pengertian PATI termasuk mereka yang tamat tempoh dokumen yang sah. 

Di Sabah, kebanyakan PATI pada awalnya adalah mereka yang mempunyai dokumen yang sah, namun selepas tempoh dokumen itu mereka tidak memperbaharui atau tidak pulang ke negara asal. Banyak faktor mengapa mereka tinggal melebihi had masa, antaranya faktor majikan yang tidak membayar gaji, majikan menahan pasport, kemudian selepas tamat tempoh, majikan memeras mereka.

Setiap rakyat yang dikatakan warganegara, adalah mereka yang mempunyai dokumen yang sah sebagai rakyat Sabah atau Malaysia. Jika mereka tiada dokumen yang sah sebagai rakyat, maka termasuk sebagai bukan rakyat.

Penduduk sesebuah negeri, adalah rakyat dan juga bukan rakyat. Jadi jelas menerusi data statistik itu, Sabah mempunyai rakyat seramai 2.7juta, manakala yang bukan 1.1juta. Kalau Darell Leiking mahu tahu, dalam 1.1juta itulah ada PATI, bukannya pada 2.7juta atau cara beliau mengelirukan kenyataan, dengan bertanya daripada 3.9juta berapa PATI?.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook