Latest News

Sunday 1 October 2017

Pemimpin Umno Semporna- Bagaikan Enau Dalam Belukar

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) UMNO KAMBING HITAM VS UMNO USIA... Oleh FB Munding Jmadil (screenshot)
(ii) TOKOH MISAI TEBAL... Oleh FB Ismaily bungsu sabah  (screenshot)

1. Hanya satu matlamat- mahu jadi “sifu” politik Semporna, maka seorang pemimpin Umno yang berkedudukan dalam kabinet negeri mempersoalkan pencapaian pemimpin lain dalam kawasan itu, walaupun sama-sama dalam parti.



2. Satu video berdurasi 1.43 minit yang dimuat naik melalui youtube yang mempunyai suara mirip ADUN Bogaya yang juga Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah- Datuk Ramlee Marhaban, menyebut nama pemimpin di kawasan itu seperti Datuk Nasir Sakaran, Datuk Razak Sakaran dan juga Tun Sakaran Dandai, selama kepimpinan mereka itu (kecuali Razak) tiada suatu “legasi” yang mereka boleh tunjukkan di Semporna, selain isu-isu tanah yang mereka monopoli.


3. Jika benar, bahawa suara yang dimuat naik itu adalah Datuk Ramlee Marhaban, maka sesuatu yang malang, kerana kenyataan itu dipergunakan oleh pembangkang, khususnya parti Warisan Sabah sebagai model memperlemahkan Umno Semporna.

4. Benarlah, menurut senario semasa, kawasan Semporna merupakan kawasan kelabu mendekati hitam bagi parti Barisan Nasional, sebagai impak daripada masalah dalaman parti Umno sendiri di kawasan tersebut.

5. Umno Semporna bergoncang ekoran dua pemimpin kawasan itu keluar parti dan menubuhkan parti sendiri.

6. Jika parti Barisan Nasional tewas di kawasan itu pada PRU-14, ianya sebagai impak kepada perbalahan antara pemimpin parti di kawasan itu yang bersifat seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tujuan mereka itu hanya satu, mahu menjadi “sifu” baru politik Semporna.

7. Kata peribahasa tindakan mereka itu, seperti menang sorak akan tetapi kampung tergadai.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook