Latest News

Saturday 28 October 2017

Penilaian Jumlah Penduduk Semporna Sambut Shafie


1. Kepulangan Datuk Shafie Apdal ke Semporna selepas dibebaskan daripada tahanan SPRM dikatakan disambut ribuan penduduk Semporna.


2. Untuk rekod pada PRU-13, Shafie sebagai calon parti Umno mendapat undi seramai 25,559 daripada 31,599 yang keluar mengundi, manakala calon yang terdekat daripada PKR 4,654 undi. Menerusi undi itu, beliau mendapat majoriti 20,905.

3. Semporna memang sejak merdeka adalah wilayah parti Usno, di mana masa itu dikenali sebagai Parlimen Sulabayan. Parlimen itu hanya pernah dimenangi calon parti Berjaya, Datuk Abdilah Abdul Hamid semasa pemerintahan Berjaya tahun 80-an. Namun kawasan itu ditawan semula oleh parti Usno sebelum kemasukan Umno ke Sabah. Pada PRU tahun 1995, kawasan itu mula ditandingi Shafie bagi menggantikan bapa saudara beliau Tun Sakaran Dandai yang dilantik TYT Sabah.

4. PRU 1999, 2004, 2008, 2013 kawasan itu masih ditandingi Shafie, dan hingga kini beliau masih merupakan MP kawasan itu.

5. Pada Julai 2016, Shafie keluar daripada parti Umno dan seterusnya menubuhkan parti Warisan Sabah pada Oktober tahun yang sama.

6. Semporna mempunyai tiga kawasan DUN, iaitu Senallang, Sulabayan dan Bogaya. Hanya kawasan Senallang belum berganti calon sehingga kini, manakala dua DUN yang lain, wakil rakyat saling berganti.

7. Pada Julai tahun 2016, apabila Shafie keluar daripada Umno, ADUN Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong mengikuti jejak beliau, dan kini merupakan Naib Presiden parti Warisan Sabah.

8. Ketua Bahagian Umno Semporna kini, dipangku Datuk Nasir Tun Sakaran.

9. Jika melihat kepada sambutan penduduk Semporna kepada Shafie pada Sabtu di perkarangan rumah beliau, secara luaran, kelihatannya, usaha meneutralisasikan pengaruh MP Semporna itu oleh para pemimpin Umno Semporna masih tidak berkesan. 

10. Jika benar bahawa yang menyambut Shafie diluar jangkaan ramainya, maka benar lah kata penganalis politik, bahawa jika Parlimen Semporna dan tiga DUN bakal jatuh ke parti pembangkang, disebabkan peseteruan dalaman para pemimpin Umno di kawasan itu yang menyebabkan rakyat kawasan itu keliru, sehinggakan sokongan terhadap Shafie tidak dapat dineutralisasikan.

11. Peseteruan para pemimpin Semporna bukan rahsia lagi, malah ahli dan pemimpin Umno di kawasan lain mengakuinya. 

12. Memandangkan PRU-14 hanya diambang pintu, jika pucuk pimpinan gagal merungkai peseteruan dalaman antara para pemimpin yang terlibat, maka Bn perlu mengucapkan sayonara pada kawasan itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook