Latest News

Friday 27 October 2017

Penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bukti Kerajaan Prihatin

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Syukur la MRSM kena buka di Ranau... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

Tujuan jenis sekolah itu adalah untuk mmberi peluang kepada para pelajar terpilih daripada segi akademik, tidak kiralah latar belakang mereka. Apa kah anak-anak pemimpin, anak-anak orang kaya atau anak-anak orang miskin.


MRSM mempunyai standard yang ditetapkan, jika pelajar anak orang kaya atau politik, tetapi tiada kebolehan dalam segi akademik tidak akan bakal diterima, kerana pelajar demikian bukan sahaja tidak sesuai akan tetapi tidak akan dapat mengikuti proses pembelajaraan. 

Pelajar yang diterima di sekolah jenis itu, umpama pelari pecut 100m, di mana setiap pelari mempunyai masa yang hampir sama antara satu sama lain. Jika pelari yang tiada masa yang ditetapkan turut berlari dengan pelari-pelari itu, bukan sahaja demoralais, akan tetapi akan menduduki tempat jauh dibelakang.

Berkaitan tenaga pengajar MRSM, sekolah itu mempunyai kualti guru yang ditetapkan. Jika kualiti itu boleh dipenuhi anak-anak Sabah, maka ianya akan diisi 100% oleh tenaga pebgajar daripada Sabah, namun jika memerlukan kombinasi pengetahuan, maka tenaga pengajar akan bernisbah kombinasi. 

Tujuan mengajar dan pembelajaraan adalah mencapai keputusan baik dalam setiap peperiksaan, maka kata, pihak sekolah akan menentukan tenga pengajar untuk tujuan itu, bukannya sekolah itu diwujudkan semata-mata menampung tenaga pengajar tempatan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook