Latest News

Wednesday 18 October 2017

Penutup Lubang Rosak Siapa Patut Disalahkan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jika Tangau (termasuk Musa & kabinetnya)... Oleh FB Thomas Leung (screenshot)

Memang diakui, kualti penutup lubang yang dibekalkan kontraktor kerajaan tempatan memang di bawah standard.



Kerana kualti penutup lubang itu rendah kualitinya, maka mudah pecah. 

Di kawasan kerajaan tempatan seperti Penampang, Inanam, Putatan atau kawasan-kawasan kerajaan tempatan lain di negeri ini, pemandangan penutup lubang pecah, memang menjadi pemandangan biasa.

Penutup lubang itu pecah, kerana kerap dibuka tutup untuk memberi laluan kepada pembersihan sampah yang terperangkap dalam parit.

Oleh kerana kualiti penutup itu rendah maka mudah pecah. Dahulu, penutup lubang seperti ini diperbuat daripada besi, namun, akibat perbuatan pemungut besi buruk, menjadikan penutup daripada besi itu dicuri untuk dijual pada tauke besi buruk.

Semalam, seorang warga mas telah jatuh ke dalam longkang di kawasan Bundusan, Penampang, semasa memijak penutup seumpama itu, lalu penutup itu pecah, dan warga mas itu masuk ke dalam longkang yang dalam. Nasib baik, beliau tidak cedera, hanya luka di lutut dan pinggang.

Sebenarnya, kualti penutup yang dibekalkan kontraktor yang rendah tiada kaitan dengan kepimpinan, akan tetapi, oleh mereka yang memberi kontrak tersebut, dalam perkara ini kerajaan tempatan. Jurutera kerajaan tempatan tidak memastikan kualiti yang dibekalkan, apa kah memenuhi piawaian.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook