Latest News

Sunday 22 October 2017

Perbandingan Antara Shafie Apdal dan Ramlee Marhaban

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dua perbandingan antara kediaman Dato sri shafie afdal dan kediaman dato ramlee maraban... Oleh FB Ho Nam (screenshot)

Datuk Sahfie Apdal masuk politik sebagai mantan pegawai kerajaan, sementara Datuk Ramlee Marhaban masuk politik sebagai ahli perniagaan yang berjaya.


Sebelum Ramlee masuk politik dan bertanding, beliau telah membina rumah agam di Putatan Sabah, sementara Shafie pula membeli rumah di Taman Golf View Bukit Padang, semasa beliau pegawai kerajaan.

Perbezaan antara Shafie dan Ramlee, Shafie menggunakan rumah di Kota Kinabalu sebagai persinggahan, sebabnya beliau bermastautin di Kuala Lumpur. Manakala Ramlee mendiami rumah beliau di Putatan, sejak dahulu sehingga kini.

Pada masa ini, mengapa nama Shafie menjadi perhatian? sebabnya, berlakunya skandal dana RM7.5bilion KKLW yang melibatkan 350 projek luar bandar Sabah. Daripada seluruh projek itu, 170 adalah projek bekalan air bersih, 163 untuk jalan raya kampung dan 17 bekalan elektrik luar bandar.

Tiada yang menduduh Shafie kaya raya atau jutawan, tetapi sebaliknya mahu mengetahui ke mana dana RM7.5bilion dibelanjakan, yang mana menurut siasatan awal SPRM tidak kurang RM1.5bilion daripada dana itu telah diselewengkan.

Rakyat mahu jawapan kemana projek-projek tersebut dilaksanakan, bukannya mahu tahu kekayaan seseorang. Jika dalam siasatan didapati, bahawa punca kekayaan seseorang atau kumpulan orang kerana dana RM7.5bilion, maka mereka itu adalah pengkhianat kepada rakyat luar bandar Sabah.

Kepada penyokong parti Warisan Sabah, tujuan SPRM menyiasat Shafie dan beberapa individu adalah untuk memberi jawapan kepada rakyat luar bandar Sabah yang dinafikan hak mereka mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan raya kampung. Selain itu, SPRM juga mahu memberi jawapan kepada pelajar miskin, mengapa mereka tidak mendapat makanan tambahan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook