Latest News

Thursday 12 October 2017

Politik Sabah: Siapa Salah Dalam Skadal Dana KKLW ?


1. Kalau diperhatikan, mereka-mereka yang mendapat peluang, samada jawatan atau kontrak, adalah mereka yang sedikit atau tiada sumbangan pengwujudan kerajaan BN Sabah.


2. Mungkin mereka itu tidak merasakan bagaimana cabaran mengwujudkan kerajaan, maka apabila mendapat peluang, maka disalahgunakan peluang itu.

3. Kalau diteliti, mereka yang terlibat dalam skandal dana RM7.5bilion KKLW, mereka yang ditangkap SPRM itu, tidakpun terlibat mengwujudkan kerajaan Bn Sabah.

4. Dengan terbongkarnya isu dana RM7.5bilion KKLW, diharapkan ianya menjadi iktibar kepada para pemimpin, supaya mengutamakan mereka yang terlibat dalam satu-satu perjuangan, jika tidak, maka, mereka yang diberi peluang itu, tidak mengertai apa itu perjuangan.

5. Perjuangan para pemimpin Bn sebenarnya mahu membela rakyat khususnya mereka yang tergolong kurang bernasib baik di kawasan-kawasan luar bandar, namun, apabila mereka yang dilantik ke jawatan penting, akan tetapi mereka itu bukan sebahagian daripada pejuang untuk melaksanakan hasil perjuangan, ternyata ianya tidak dilaksanakan, sebaliknya disalah gunakan. 

6. Kini, ramai sungguh mereka yang mendapat peluang, kerana hasil perjuangan mereka yang terdahulu, walaupun para pejuang asal, bagaikan rumput di tepi jalan, hidup segan mati tak mahu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook