Latest News

Monday 16 October 2017

PRU-14 SABAH: KEBARANGKALIAN KEPUTUSAN


1. PRU-14 akan menggunapakai daftar pengundi yang mengandungi 1,043,000 pemilih. Jika 83% turun mengundi, maka seramai 455,260 pemilih akan mengundi Bn, manakala 410,429 pemilih akan mengundi pembangkang.


2. Jika 80% turun mengundi, maka seramai 438,805 akan menungundi Bn, manakala 395,594 pemilih akan mengundi pembangkang.

3. Berasaskan dua senario peratusan penundi yang turun mengundi, iaitu 80-83%, maka Bn akan mendapat undi 438,805-455,260; manakala pembangkang akan mendapat undi antara 395,594-410,429.

4. Pemilih yang mengundi pembangkang terpecah menerusi parti Warisan Sabah akan mendapat undi antara 155,836-161,681; PKR 70,778-73,432; DAP 54,169-56,200; STAR 48,440-50,257; SAPP 27,382-28,409, PAS 20,800-21,580; DLL 18,186-18,868.

5. Berasaskan angka-angka itu, Bn akan mendapat undi popular sebanyak 52.59%.

6. Dengan undi popular itu, Bn akan menang antara 34-46 kerusi Dun, berbanding pembangkang antara 16-26.

7. Bagi tujuan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, hanya diperlukan 31 daripada 60 kerusi yang dipertandingkan, makakala kuasa 2/3 hanya memerlukan 40 kerusi.

8. Angka-angka yang dipaparkan berasaskan simulasi matematik dengan mengambilkira senario politik masa kini.

9. Namun, keputusan PRU-14, sangat bergantung kepada pengurusan pengundi semasa pilihan raya sebenar diadakan. Pengurusan pengundi dan jentera pilihan raya boleh menyumbang swing pengundi antara 5-10%.

10. Parti Bn kena memanfaatkan kekuatan mengurus pengundi, selain memperkukuh jentera pilihan raya.

11. Jika pengurusan pengundi dan jentera pilihan raya dapat dilaksanakan secara maksimum, Bn boleh mengulangi keputusan PRU-13, malah boleh lebih baik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook