Latest News

Tuesday 31 October 2017

PRU-14 Sabah: SPRM Siasat Shafie, Maka Pembangkang Tumbangkan Bn


1. Ada penganalisis politik daripada UNIMAS mendakwa, kerana SPRM menyiasat Datuk Shafie Apdal pada masa ini, maka parti pemimpin mantan Menteri KKLW itu bakal menumpaskan Bn Sabah.


2. Terlalu gamblang pandangan itu, hanya kerana “timing” siasatan, maka menjadi faktor yang signifikan kepada parti Warisan Sabah mendapat sokongan pengundi.

3. Persoalan yang ditumbulkan, jika memang ada salahlaku, mengapa siasatan tidak dijalankan semasa Datuk shafie masih bersama kerajaan.

4. Apa yang tidak dijawab oleh penganalisis itu, bahawa SPRM adalah badan bebas, tidak mendapat arahan daripada mana-mana pihak berkaitan bila, mengapa agensi itu menjalankan siasatan.

5. Menerusi kenyataan bahawa SPRM bertindak tidak sesuai dengan “timing” kerana PRU-14 diambang pintu, seolah-olah agensi itu dibawa kawalan pihak-pihak tertentu, sehinggakan boleh digunakan bagi tujuan politik.

6. Dakwaan penganalisis itu adalah satu penghinaan kepada SPRM, kerana rupanya, agensi itu bertindak kerana dikawal.

7. Dipihak Shafie memangpun mahu mengheret agensi itu dalam kancah politik, sehinggakan mendakwa siasatan terhadap beliau bermotifkan politik. Menerusi dakwaan itu, secara tidak langsung mengarah kepada Perdana Menteri, kerana agensi itu dibawah naungan Jabatan Perdana Menteri.

8. Pada masa sama juga, Presiden parti Warisan Sabah itu secara tidak langsung menuduh Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman sebagai dalang siasatan kepada beliau. Bagaimana Musa boleh menjadi dalang? sedangkan SPRM bukanpun agensi kerajaan negeri, dan tiada keterkaitan dengan Musa dalam apa jua kedudukan.

9. Shafie mendakwa, jika benar ada salah laku dalam KKLW, mengapa sejak tahun 2009-2012, kementerian itu mendapat sijil penghargaan daripada Perdana Menteri sebagai kementerian yang KPInya cemerlang.

10. Apa yang tidak diberitahu oleh MP Semporna itu, bahawa banyak kawasan tradisi Bn pada PRU-13 telah jatuh kepada pihak pembangkang, hanya kerana kemudahan asas yang dijanjikan sejak tahun 2008 tidak mereka rasai.

11. Saban hari di media sosial malah media cetek tempatan kerap menyiarkan keluhan rakyat luar bandar berkaitan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik serta jalan kampung yang daif. Bagi pihak kerajaan negeri, memang pelik, mengapa kawasan-kawasan luar bandar yang sepatutnya telah mendapat kemudahan asas yang mereka minta, mengapa masih meraung-raung? malah ada yang berdemonstarsi, kerana berminggu-minggu tiada bekalan air.

12. SPRM memang peka terhadap keluahan rakyat sebegini. Agensi itu tidak memerlukan ada pihak yang membuat laporan. Mereka bebas menyiasat, mereka bebas terus kepada sasaran, dalam perkara ini rakyat di mana projek-projek dilaksanakan.

13. Apa yang perlu diketahui, kerajaan negeri Sabah termasuk seluruh ADUN Sabah telah menandatangi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM. Menerusi kerjasama itu, sudah tentu, pihak SPRM bebas menjalankan sebarang siasatan di semua peringkat, dan sudah tentunya kerajaan negeri meberi kerjasama penuh.

14. Menerusi dakwaan penganalisis politik itu, seolah-olah rakyat Sabah tidak percaya bahawa ada salah laku berkaitan dana RM7.5bilion KKLW yang mana tidak kurang RM1.5bilion daripada dana itu telah diselewengkan. 

15. Oleh kerana SPRM menyiasat Shafie, maka pengundi bakal menyokong parti beliau, membawa erti, bahawa SPRM hanya mencipta isu, menganaya Shafie, memalitkan imej buruk untuk mematikan karier politik beliau, hanya kerana Shafie merupakan ancaman kepada parti Bn Sabah pimpinan Tan Sri Musa Aman.


16. Sebenarnya, politik Sabah cukup dinamik. Tidak mudah pengundi Sabah menyokong membuta tuli. Memang benar, bahawa kerajaan Sabah kerap berganti. Namun, keadaan masa lalu, tidak sama lagi dengan keadaan sekarang. Rakyat Sabah tidak mudah terpengaruh dengan parti yang belum teruji, kerana mereka sudah mengambil iktibar, bahawa kerapnya pertukaran kerajaan negeri, telah menyebabkan negeri dan rakyatnya mundur.


17. Rakyat Sabah tahu, bagaimana Sabah dimajukan, dibangunkan sejak tahun 2003, apabila Musa mula menjadi pemimpin nombor satu negeri. Rakyat Sabah kini, sudah tahu menilai, mana pemimpin yang perlu disokong, bukan seperti masa lalu, rakyat mengundi bukan berasaskan pertimbangan, akan tetapi berasaskan emosi dan dendam.

18. Apa kah kerana SPRM menyiasat Shafie, maka rakyat Sabah akan emosi dan dendam? jawapannya sudah tentu tidak bagi penyokong UBN. Penyokong dan ahli UBN tidak akan hanyut kerana Shafie disiasat. Yang hanyut dan emosi adalah rakyat yang memangpun dalam kumpulan pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook