Latest News

Thursday 26 October 2017

Punca Parlimen Semporna Bersama DUN Ditawan Pembangkang Pada PRU-14

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SIAPA CAKAP DATUK RAMLEE IKHLAS BERDAMAI DENGAN DATUK NASIR... Oleh FB AH haji Sabturun (screenshot)

1. “Perseteruan” majoriti pemimpin Umno Bahagian Semporna dengan ADUN Bugaya Datuk Ramlee Marhaban bukan cerita rahsia, malah telah merebak kepada program-program yang dianjurkan kerajaan.


2. Bagi rakyat di luar semporna, tidak mahir sangat, apa kah punca utama, adanya “feud” antara para pemimpin Umno Semporna dengan ADUN Bogaya, merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah itu.

3. Memang kencang tersebar, antara dua pihak hanya “rukun” diluaran, akan tetapi diperingkat dalaman antara kedua belah pihak bagaikan air dan minyak.

4. Apa yang menambah buruk keadaan, kedua belah pihak menuding jari antara satu sama lain, dengan dakwaan, jika satu pihak dicalonkan maka akan membawa kekalahan kepada Bn.

5. Dipihak Ramlee mendakwa bahawa jika Datuk Nasir Sakaran dicalonkan sekali lagi, maka beliau tidak mampu membawa kemenangan kepada parti. Di lain pihak pula, hanya Ramlee merupakan “casualty” kepada Bn jika dicalonkan pada pilihan raya itu.

6. Kini di Semporna, berbagai tindakan saling menjatuhkan antara kumpulan Nasir dan Ramlee. Ramai pemerhati melihat, jika peseteruan ini berlarutan, kawasan Semporna dalam bahaya, malah jika kawasan itu ditawan pembangkang, bukan kerana pembangkang kuat, akan tetapi sebagai impak peseteruan dalaman.

7. Puncuk pimpinan, belum terlambat untuk mendamaikan kedua belah pihak ini, kerana tindakan mereka itu, manjadikan parti sebagai pelandok, seperti dalam simpulan bahasa, gajah sama gajah bergaduh, pelandok mati ditengah-tengah.


  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook