Latest News

Sunday 29 October 2017

Shafie Ibarat Sudah Terhantuk Baru Tengadah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) musa aman tidak kaya... Oleh FB Junz Wong (screenshot)

1. Apa yang disiasat berhubung dana RM7.5bilion KKLW semasa Datuk Shafie Apdal menerajui kementerian itu daripada tahun 2009-2015 adalah berkaitan pelaksanaan 350 projek yang melibatkan 170 projek bekalan air bersih, 163 projek jalan kampung dan 17 projek bekalan elektrik luar bandar Sabah.


2. Projek-projek itu disiasat berasaskan keluhan kumpulan sasar yang sepatutnya telah merasai seluruh projek-projek tersebut.

3. Di Sabah, sejak tahun 2010, rakyat luar bandar menagih janji kerajaan barsian nasional berkaitan kemudahan asas yang dijanjikan pada PRU 2008. Malah sebahagian rakyat telah protes terhadap calon-calon parti Barisan Nasional pada PRU 2013 yang menyebabkan Bn kalah di kawasan-kawasan tradisi seperti Matunggung, Kedamaian, Inanam dan Bingkor, manakala ada kawasan-kawasan tertentu di mana projek-projek luar bandar sepatutnya dirasai rakyat seawal tahun 2012, calon-calon Bn walaupun menang, akan tetapi bukan kemenangan undi popular.

4. Keluhan rakyat luar bandar majoritinya berkaitan bekalan air bersih, malah ada rakyat melakukan demonstrasi.

5. Di laman-laman sosial, boleh dikatakan saban hari, beribu-ribu rakyat memberi komen negatif kepada kerajaan berkaitan air, elektrik, jalan kampung. Apabila disemak, memang komen-komen rakyat itu berasas, kerana memang kemudahan-kemudahan asas tidak sampai kepada mereka sejak awal kemerdekaan.

6. Di persidangan Dewan Undangan Negeri, para wakil rakyat turut bercakap berkaitan kemudahan asas, terutamanya bekalan air bersih.

7. Kerajaan negeri memang mengetahui, bahawa Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan yang besar kepada penduduk luar bandar Sabah pada setiap Bajet Negara, dan peruntukan itu disalurkan menerusi KKLW, tidak melalui Kerajaan Negeri.

8. Kerajaan Negeri tahu, bahawa sejak tahun 2009-2015 sejumlah RM7.5bilion peruntukan diperuntukan untuk pembinaan kemudahan-kemudahan asas bagi penduduk luar bandar Sabah. 

9. Ironinya, mengapa penduduk di mana kawasan mereka dilaksanakan projek-projek luar bandar yang dijalankan sendiri oleh KKLW masih mengeluh? Berasaskan keadaan ini, pihak SPRM terpanggil untuk menyiasat.

10. Apabila agensi itu membuka kertas siasatan, maka pada Oktober 2016 agensi itu menjalankan serbuan terhadap Jabatan Air Sabah, kerana jabatan itu telah dilantik sebagai penyelia projek BALB oleh KKLW. Ekoran serbuan itu, Pengarah, Timbalan pengarah dan beberapa orang lain telah ditangkap, dan telahpun dituduh di mahkamah menunggu perbicaraan.

11. Serbuan SPRM di JAS, telah menjumpai ratusan juta ringgit di bawah kawalan Pengarah, Timbalan pengarah jabatan itu, selain wang tunai di beberapa bank tempatan, malah bank luar negara.
12. Pada awal Oktober 2017, SPRM juga berjaya membekukan RM180juta yang dipercayai bersumber daripada dana RM7.5bilion KKLW. Menurut siasatan SPRM tidak kurang RM1.5bilion dana KKLW telah diselewengkan.

13. Ekoran siasatan SPRM beberapa individu telah ditahan reman, termasuk Shafie adik beradik beliau, saudara mara, selain kroni beliau.

14. Kini, Shafie macam lembu patah tanduk, mengamok termasuk mengancam mendedahkan SESUATU di Parlimen kononnya berkaitan Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman.

15. Kedudukan Shafie, sama seperti kata peribahasa, sudah terhantuk baru tengadah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook