Latest News

Friday 27 October 2017

Shafie Tiba-Tiba Jadi Angau Selepas Diikat Jamin



1. Melucukan, apabila Presiden parti Warisan Sabah pada sidang pertama beliau sebaik diikat jamin daripada tahanan SPRM, membuat dakwaan, dengan pertanyaan “Berapa syarikat Musa ada?” merujuk kepada Tan Sri Musa Aman. Namun beliau tidak membuat sebarang dakwaan melalui sidang akhbar itu, sebaliknya berdalih, bahawa beliau adalah ahli parlimen, maka di parlimen lah tempat beliau membuat kenyataan. Dalih itu, merupakan dalih politik, kerana kenyataan di parlimen mempunyai imuniti untuk tindakan saman. 

2. Mengapa MP Semporna itu tidak berani membuat kenyataan di luar parlimen? sebabnya, kenyataan atau dakwaan beliau, berunsur fitnah dan bohong.

3. Tan Sri Musa sebelum menjadi ahli politik memang mempunyai banyak syarikat, namun selepas beliau dilantik sebagai anggota jemaah menteri, beliau telah melepaskan seluruh kepentingan daripada syarikat-syarikat tersebut.

4. Jika Shafie bercakap dalam tempoh masa sebelum Musa dilantik ke jawatan jemaah menteri, maka memang betul, namun jika beliau mendakwa bahawa Musa mempunyai syarikat-syarikat selepas dilantik ke jawatan jemaah menteri apa tah jawatan Ketua Menteri, memang dakwaan itu 100% fitnah.

5. Kenyataan Shafie semasa sidang akhbar di rumah beliau, di Taman Golf View Bundusan, penampang, seolah-olah tidak berpuas hati, pada tindakan SPRM yang menahan saudara mara, kaum kerabat serta kawan-kawan beliau berkitan dana RM7.5bilion KKLW semasa beliau menjadi menteri.

6. Oleh kerana beliau ditahan dan disiasat kerana tuduhan salahguna kuasa semasa ada kuasa, maka beliau berfikiran, orang yang mempunyai kuasa seperti Tan Sri Musa Aman turut juga bertindak seperti mana beliau lakukan semasa berkuasa.

7. Shafie hilang pedoman, kerana terfikir apabila beliau melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang, maka mahu mengheret sama pihak lain, dengan menimbulkan persepsi bahawa orang lain juga bertindak sama!!!!.

8. Presiden parti Warisan Sabah itu silap betul, kerana tidak melihat fakta. Untuk pengetahuan beliau dan penyokong beliau, apabila Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada Mac 2003, simpanan kewangan negeri hanya RM184juta, namun sejak tahun 2010, simpanan kewangan negeri terus berada pada RM3bilion. Selain itu bajet kerajaan negeri, bukan sahaja bertambah, malah membuat rekod.

9. Pengurusan kewangan negeri bertahun-tahun sejak Musa Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Negeri mendapat clean bill (tanpa teguran) daripada Ketua Audit Negara, malah pengurusan kewangan negeri, mendapat pengiktirafan daripada Standard &Poor, penarafan kewangan antarabangsa dengan memberi sijil Triple A (AAA).

10. Musa mengurus negeri mencari kewangan untuk negeri untuk dibelanjakan, tidak sama dengan Kementerian yang diterajui Shafie yang hanya membelanjakan peruntukan yang disediakan. Mengurus peruntukan yang disediakanpun berlaku kebocoran, apa tah lagi mencari kewangan sendiri.

11. Kerajaan negeri mempunyai rekod yang cemerlang bagi projek-projek yang dilaksanakan di bawah pengawasan kerajaan negeri. Projek-projek tersebut bukan sahaja mengikuti speksifikasi akan tetapi menurut jadual penyiapan yang ditentukan, malah banyak projek siap sebelum tempoh, sehinggakan kerajaan negeri dapat berjimat. 

12. Tiada rekod projek yang dilaksanakan kerajaan negeri menjadi gajah putih atau projek yang tidak mencapai sasaran. Kepada Shafie, jangan berprinsip, jika anda bertindak sesuatu yang dianggap melanggar undang-undang, dan pihak penguatkuasa undang menyiasat anda, maka anda berfikir orang lain lain juga telah bertindak seperti anda. Anda silap. Anda perlu berdepan dengan badan yang menyiasat anda, berhujahlah, cari alibi lah, untuk membuktikan anda tidak bersalah. Mengapa anda tiba-tiba jadi angau?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook