Latest News

Tuesday 24 October 2017

Siasatan Dana RM7.5bilion KKLW: Betul Kah Selektif?


1. Ada yang mempersoalkan mengapa siasatan terhadap dana RM7.5bilion KKLW yang membabitkan Datuk Shafie Apdal hanya disiasat sekarang, mengapa tidak semasa Presiden parti Warisan Sabah masih merupakan pemimpin Umno? atau semasa masih menteri? jika memang ada isu penyelewengan.


2. Kalau melihat kepada hujah itu, memangpun ada kebenarannya. Akan tetapi perlu dingat, bahawa dana yang disiasat itu membabitkan projek yang berdurasi antara 6-48bulan daripada projek itu diberikan.

3. Adalah kelaziman sesebuah projek akan diketahui adanya penyelewengan jika semua bayaran terhadap projek itu telah dibuat. Selain itu, akan diketahui apa kah sesebuah projek telah mematuhi speksifikasi atau kah telah sampai ke sasaran.

4. Dalam soal dana KKLW yang sedang disiasat diketahui apabila kelompok sasaran kerap mengutarakan permasalahan mereka, bukan sahaja melalui media arus perdana akan tetapi di media-media sosial, malah wakil-wakil rakyat yang mewakili rakyat kelompok sasaran turut juga menyuarakan, bahawa kemudahan asas yang sepatutnya dirasai rakyat, tidak sampai ke kelompok sasar.

5. Oleh kerana dana yang terlibat adalah bagi tempoh masa antara Tahun 2009-2015, maka akan diketahui sepenuhnya, apa kah projek-projek yang dilaksanakan sesuai dengan speksifikasi atau telah sampai ke kelompok sasaran bermula antara Tahun 2014 dan seterusnya. Berasaskan kepada keadaan ini, jika Shafie masih juga dalam Umno, beliau tetap akan disiasat.

6. Skandal dana KKLW sebenarnya menjadi perhatian SPRM apabila ramai penduduk luar bandar di mana sepatutnya projek-projek itu dilaksanakan bukan sahaja meraung, malah ada yang mengadakan tunjuk perasaan.

7. Akibat daripada maklum balas daripada rakyat luar bandar sebagai kelompok sasar dan diperkuat oleh wakil-wakil rakyat, maka SPRM membuka kertas siasatan. Selepas pemantauan dan siasatan hampir dua tahun, maka pada Oktober 2016, agensi itu melaksanakan gelombang pertama dengan menyerbu Jabatan Air Sabah, kerana jabatan kerajaan negeri telah dilantik sebagai jabatan pelaksana bagi 170 projek Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB). Mengapa Jabatan Air Sabah menjadi Jabatan yang diserbu? sebabnya kebanyakan rungutan rakyat luar bandar adalah berkaitan bekalan air bersih.

8. Seperti kereta rosak, jika pada diagnos pertama, masalah adalah “starter” kemudiannya merebak kepada “fire distributor” merebak kepada bateri, merebak pada “belting” malah kadang-kandang enjin kereta perlu “top overhaul”. Analog juga jika kita sakit, mula-mula terasa hanya ketumbuhan, kemudiannya apabila dianalisis, rupanya ketumbuhan itu adalah kenser.

9. Demikian juga duduk perkaranya apabila JAS diserbu, dan didapati ratusan juta wang tunai dan harta benda berjaya dirampas, maka secara automatik, badan yang menyiasat terdorong menyiasat secara keseluruhan. 

10. Bukan mudah menyiasat projek-projek yang dilaksanakan kerajaan, apatah lagi projek Persekutuan, kerana semua peraturan melalui SOP yang berkuatkuasa dipatuhi. Malah Ketua Audit Negara pun gagal mengesan, apa kah telah berlaku penyelewengan.

11. Hanya melalui siasatan rapi, dan agensi yang boleh melaksanakan siasatan itu adalah SPRM. Melalui siasatan SPRM, tidak terhad kepada SOP tertulis seperti mana digunapakai Ketua Audit Negara, akan tetapi menelusuri setiap profile syarikat dan para individu yang terlibat.

12. Kini jelas, apabila melihat para individu yang ditahan reman, adalah terdiri daripada “inner circle” Datuk Shafie, malah melibatkan adik beradik beliau.

13. Jika dalam siasatan itu, akan terbukti bahawa adik beradik, saudara mara mendapat projek daripada KKLW semasa Shafie menjadi menteri, jelas ianya adalah salah, kerana ianya menjurus kepada pertembungan kepentingan.

14. Berbalik kepada isu, mengapa hanya disiasat sekarang, jawapannya mudah, kerana salah laku itu hanya timbu

l masa-masa Shafie di penghujung jawatan beliau sebagai menteri sebelum dipecat.


15. Jika pun, Shafie tidak dipecat dan tidak meninggalkan Umno, siasatan terhadap beliau tetap dijalankan, kerana SPRM tidak tertakluk kepada mana-mana desakan atau halangan, kerana agensi itu adalah agensi bebas.

16. Hanya kebetulan, apabila Shafie menjadi pembangkang, maklumat terkumpul yang diperolehi SPRM membolehkan agensi itu bertindak. 

17. SPRM tidak bertugas untuk memalukan sesiapa, agensi itu bertindak kalau memang mempunyai bukti-bukti sahih atau nyata berkaitan salah laku.

18. Shafie bersama parti beliau, bukanlah ancaman kepada parti Bn Sabah. Shafie bersama parti beliau sama statusnya dengan parti-parti pembangkang lain adalah pesaing dalam pesta demokrasi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook