Latest News

Saturday 21 October 2017

Siasatan Dana RM7.5bilion KKLW: Dakwaan Parti DAP Sabah Mengarut


1.  Setiausaha  Parti DAP Sabah Chan Foong Hin yang juga ADUN Sri Tanjong bercakap tidak berasaskan fakta. Bukan Shafie sahaja pemimpin Bn Sabah yang keluar daripada gabungan 13 parti itu.

2.  Pada Tahun 2012, Datuk Wilfred Bumburing, Timbalan Presiden UPKO, Datuk Lajim Ukin AMT Umno, Datuk Maijol Mahap Naib Presiden UPKO turut keluar daripada parti Bn. 

3.  Bumburing selain mantan menteri, juga mantan Timbalan Ketua Menteri, demikian juga Lajim, selain mantan Timbalan Ketua Menteri dan menteri, malah semasa beliau keluar daripada Umno masih merupakan Timbalan Menteri Persekutuan.

4.  Mengapa SPRM tidak menangkap mereka? atau menjalankan siastan!!!! jika benar dakwaan pemimpin DAP Sabah itu, bahawa sesiapa yang keluar daripada BN atau Umno maka akan disiasat SPRM.

5.  ADUN  Sri Tanjong itu, dalam sebarang persidangan DUN Sabah kerap bercakap berkaitan kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik malah jalan raya kampung.  

6.  Mengapa sekarang mempertikaikan agensi yang mahu menyiasat mengapa dana untuk kemudahan itu tidak sampai ke sasaran? Apa kah juga pemimpin DAP itu tumpang gembira, kerana dana yang sepatutnya dibelanjakan untuk menyediakan kemudahan asas tidak dilaksanakan, supaya pembangkang mempunyai modal untuk menghentam kerajaan!!!.

7.  Pembangkang kononnya mahu membenteras rasuah? tetapi agensi yang membentras rasuah dituduh sebagai agen kerajaan menangkap pemimpin pembangkang.

8.  Pemimpin DAP Sabah itu tidak bercakap berasaskan fakta, bahawa SPRM tidak mengira bulu atau latar belakang individu yang disiasat. Cuba buka fakta-fakta yang ada melambak pemimpin Umno atau Bn yang ditahan atau ditangkap SPRM malah didakwa di mahkamah.

9.  Pemimpin pembangkang lebih cenderung kepada dakwaan atau persepsi, akan tetapi, apabila berkaitan dengan kes nyata, seperti dana RM7.5bilion KKLW mereka berdolak dalik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook