Latest News

Monday 16 October 2017

Siasatan Dana RM7.5bilion KKLW: Semakin Terdedah



1. Daripada awal-awal lagi, penulis menganggarkan bukan RM1.5bilion diselewengkan melainkan lebih daripada itu. 


2. Memang SPRM mengalami kesulitan menentukaan jumlah sebenar yang diselewengkan. Agensi itu memerlukan analisa forensik untuk menentukannya.

3. Modus Operandi penyelewengan dana itu telah bermula daripada pemilihan kontraktor. Misalnya, untuk maksud tender terhad, diperlukan 10 syarikat. Daripada 10 syarikat itu, hanya satu yang dipilih. 9 syarikat lain, adalah syarikat yang “dibayar” oleh syarikat yang diberikan kontrak. Syarikat yang mendapat kontrak tersebut selain membayar RM30,000 setiap lesen yang dipinjam, juga perlu membayar 20% kos projek kepada pihak “tertentu”. Jika kos projek RM100 juta, ertinya RM20juta sebagai “kickback). Berasaskan kepada 20% kicikback, maka SPRM menganggarkan RM1.5bilion diselewengkan.

4. Syarikat pelaksana, akan menentukan keuntungan antara 20%-30%, makna kata, jika jumlah dana RM7.5bilion, sekurang-kurangnya RM2.7bilion tidak menjadi sebahagian daripada kos pelaksanaan projek. Dana yang digunakan untuk pelaksaan projek hanya RM4.8bilion maksima. Oleh kerana dana kurang, sebab itulah banyak projek tidak mempunyai piawaian yang ditentukan sepertimana speksipikasi projek tersebut. Selain itu, ada juga projek tidak dilaksanakan, meskipun dana telah dibayar sepenuhnya.

5. Oleh kerana berlakunya penyelwengan tersusun dalam pelaksanaan projek-projek di bawah KKLW, maka rakyat luar bandar yang sepatutnya mendapat kemudahan-kemudahan itu, dinafikan hak mereka.

6. Tindakan SPRM membongkar penyelewengan itu, hanya sebagai kaedah memberitahu rakyat, mengapa kemudahan asas yang sepatutnya mereka dapat tidak dapat dirasai.

7. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, memangpun menunaikan JANJI kepada rakyat, namun, terdapatnya para petualang, maka JANJI-JANJI itu tidak menjadi kenyataan.

8. Menerusi pembongkaran SPRM, rakyat yang merungut, berkaitan kemudahan asas, setidak-tidak dapat berfikir, menghukum kerajaan yang ada, adalah tidak patut, sebabnya, kerajaan sebenarnya telahpun menunaikan janji dengan menyediakan dana RM7.5bilion.

9. Rakyat yang dinafikan hak mereka, sepatutnya meminta para pemimpin dan penyokong parti Warisan Sabah mengembalikan wang yang telah diselewengkan, supaya kemudahan asas keperluan mereka dapat dibina.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook