Latest News

Wednesday 18 October 2017

Siasatan Dana RM7.5Bilion kKLW: Shafie Hanya Menghitung Hari


1. Seperti yang dispekulasikan, Ketua Umno Silam merangkap ADUN Lahad Datu- Datuk Yusof Apdal bakal ditangkap bagi membantu siasatan berkaitan kehilangan dana RM1.5bilion daripada RM7.5bilion peruntukan KKLW untuk kawasan luar bandar Sabah daripada Tahun 2009-2015.


2. Yusof adalah adik kepada Presiden parti Warisan Sabah- Datuk Shafie Adal. Sebelum ini, salah seorang adik kepada MP Semporna itu, Hamid bersama menantu beliau turut ditahan.

3. Yusof mempunyai rekod digantung sebagai ahli Umno kerana didapati mengamalkan politik wang.

4. Setakat ini, para individu yang ditahan merupakan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan KKLW tersebut.

5. Memang, di antara para individu yang ditahan itu adalah pemimpin muda parti Umno, namun mereka itu pada masa itu merupakan “inner circle” Presiden parti Warisan Sabah tersebut.

6. Menerusi penangkapan Yusof, dan mungkin menyusul penangkapan beberapa pegawai KKLW semasa Shafie menerajui KKLW, maka SPRM hampir kepada target utama mereka, iaitu Shafie. Nampaknya, hanya menghitung hari, sebelum Shafie ditangkap.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook