Latest News

Wednesday 25 October 2017

Skandal Dana RM7.5bilion KKLW: Minta Derma Untuk Jamin- Hanya Gimik Simpati Shafie !


1. Siapa yang percaya Datuk Shafie Apdal memerlukan derma untuk ikat jamin? Aksi itu merupakan gimik, untuk menunjukkan Presiden parti Warisan Sabah itu tidak mempunyai wang.


2. Mengapa hanya Shafie memerlukan derma? sedangkan macai-macai beliau yang terdahulu dijamin antara RM15ribu hingga RM100ribu, wang jaminan hanya perlu membuka bag.

3. Jangan bermain sandiwara, sebab sandiwara anda seperti burung unta, sembunyikan kepala ke dalam pasir apabila takut, dan menyangka terselamat, kerana tidak melihat musuh, sedangkan badan besar terlondeh.

4. Tidak diketahui apa kah meminta derma untuk membayar jaminan, atas permintaan Shafie atau hanya inisiatif penyokong belau untuk membuat gempak.

5. Melihat profile Shafie, mungkin derma daripada orang ramai akan ada tetapi sedikit jumlahnya. Jangan pelik apabila akaun guaman Hamid & Co ada yang memasukkan ratusan ribu ringgit. jika itu berlaku, syarikat guaman itu hanya berhujah, bahawa sumbangan itu daripada seseorang yang tidak kenal, padahal, ianya bersumber daripada macai-macai MP Semporna itu.

6. SPRM tidaklah terlalu bodoh, jika tidak mempunyai maklumat berkaitan wang yang diselewengkan daripada dana RM7.5bilion KKLW, dan wang itu masuk ke mana.

7. Tindakan penyokong Shafie yang digerakan Aziz Jamman dan Junz Wong, meminta derma daripada orang ramai, menunjukkan bahawa Shafie adalah kambing hitam dan sengaja dipalitkan imej buruk oleh SPRM. Dengan kata lain, mereka memberi siyarat, bahawa SPRM bertindak atas arahan pemimpin BN.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook