Latest News

Saturday 21 October 2017

SPRM Cari Bukti Di Rumah Shafie


1.  Presiden parti Warisan Sabah itu sudah pasti mengambil iktibar berkaitan rampasan wang oleh SPRM pada kes-kes terdahulu. Jika pada kali ini, agensi  itu mahu mencari bukti dalam bentuk wang tunai, tidak akan menjumpainya.

2.  Jika juga mahu mencari bukti-bukti dalam bentuk dokumen, tidak akan dapat menjumpainya, kerana awal-awal lagi, telah dilakukan ‘house clearance’. 

3.  SPRM perlu fokus kepada forensik teknikal berkaitan pelaksanaaan projek bernilai RM7.5bilion, khususnya di lapangan.

4.  Mengapa SPRM perlu menumpukan pada siastan forensik, sebabnya semua projek yang dilaksanakan berbentuk “tangible”, maknanya dapat dibuktikan di lapangan, kecuali dana membeli makanan tambahan untuk pelajar-pelajar miskin. 

5.  Bagi projek yang membabitkan jalan kampung, memang sukar disiasat, kerana kemugkinan jalan yang dibuat itu sudah berlumpur pada masa ini. Akan tetapi bagi projek-projek yang membabitkan bekalan air bersih dan elektrik masih boleh mendapatkan bukti-bukti.

6.  Dana sebesar RM7.5bilion daripada Tahun 2009-2015 adalah untuk 350 projek KKLW yang membabitkan 170 projek bekalan air , 163 projek jalan raya, 17 projek bekalan elektrik.

7.  SPRM perlu fokus kepada semua projek itu, khususnya daripada segi speksifikasi.

8.  Jika benar, bahawa saudara mara Shafie diberikan projek daripada dana KKLW itu, maka ianya jelas satu kesalahan, kerana ianya membabitkan pertembungan kepentingan.  Sudah banyak kes serupa telah dibawah ke mahkamah, dan didapati pegawai atau pihak yang mempunyai kuasa meluluskan, atau pihak yang mencadangkan didapati salah oleh mahkamah. Contoh di Sabah, apabila Datuk Pairin Kitingan didapati salah kerana meluluskan sebuah projek di Tambunan kepada syarikat, di mana saudara mara beliau ada kepentingan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook