Latest News

Monday 2 October 2017

Tadau Kaamatan- Chan Foong Hin Cuba Menghasut


1. Hakikat yang perlu diketahui berkaitan OCTOBERFEST, bahawa pesta itu pada awalnya merupakan pesta makanan dan kebudayaan, namun pengilang arak mengambil peluang dan mengadakan pula pesta bir/arak.


2. Oleh kerana iklan dan promosi pengilang arak begitu hebat berkaitan BEER FEST, maka pesta asal OTOCOBERFEST tenggelam daripada perhatian orang ramai.

3. Di beberapa tempat di Semenanjung, yang dilarang itu adalah pesta arak besar-besaran, bukannya Octoberfest.

4. Tadau Kaamatan yang disambut selama sebulan setiap bulan Mei setiap tahun. Sambutan itu tiada kait mengaitkan dengan pesta bir, walaupun dalam sambutan itu, minuman tapai sebahagian daripada acara itu bagi kaum bukan islam.

5. Tadau Kaamatan merupaka acara tradisi kaum KDM, bukannya seperti Octoberfest. 

6. Tadau Kaamatan ada kaitan dengan kebudayaan KDM. Sebuah negara seperti Malaysia yang menerima berbagai latar belakang budaya, dan kepelbagaian merupakan kekuatan negara ini, tiada sesiapapun yang sanggup melarang pesta seperti Tadau Kaamatan.

7. Kenyataan Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin yang juga ADUN Sri Tanjong, Tawau, kononnya satu hari Tandau Kaamatan akan dilarang, merupakan kenyataan MENGHASUT, selain bertujuan publisiti murahan.

8. Menerusi kenyataan Foong Hin itu, adalah satu cara memecah belahkan hubungan antara kaum di sabah, khususnya antara KDM dan bumiputera islam. Sebabnya, DAP tahu, tanpa perpecahan antara bumiputera, parti itu tiada tempat dalam poltik Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook