Latest News

Tuesday 10 October 2017

Tangki Air Biru - Sudah Jadi Jenama

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Gula Gula PRU 14 Dah Sampai.. Oleh FB Fadly Djapri (screenshot)

Nampak saja Tangki Air berwarna biru, maka dikaitkan dengan bantuan Bn, sedangkan memangpun warna tangki itu ada yang biru dan ada yang hitam.



Memandangkan minat orang lebih suka pada warna biru, maka pembuat tangki memproduksi lebih banyak warna biru.

Gambar yang diviralkan, gambar sebuah syarikat yang menghantar tangki biru untuk menampung air bagi kegunaan para pekerja pada satu lokasi yang disebutkan.

Memberi tangki biru, memang salah satu langkah KKLW membantu rakyat di pedalaman dalam jangka pendek untuk membantu mereka menampung air. Air boleh bersumber daripada telaga tiub, sebelum kemudahan asas Projek Bekalan Air Bersih siap sepenuhnya.

Apabila BALB siap sepenuhnya, maka pemberian tangki biru tidak akan diberikan lagi.

Salahkah membantu rakyat yang memerlukan? atau salahkah kerajaan membina bekalan air bersih? atau salahkah kerajaan membina jalan raya? salah kerajaan membina hospital? sebenarnya pemberian tangki biru sama sahaja fungsinya apabila kerajaan membina sekolah, hanya berbeza daripada segi jumlah peruntukan. 

Mereka yang mengeritik berkaitan tangki biru, sebenarnya, menutup minda mereka berfikir, tidak melihat fungsi sesuatu tindakan kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook