Latest News

Wednesday 4 October 2017

Timbun Ketinggalan Kereta Api

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) APA Lagi mau dbuyuk Ni liau... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

Albert Timbun Lagadan, memang-memang benar-benar keringgalan keretaapi. Mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan kononya senyap berkaitan RCI PaTI Sabah, maka bebanan terpaksa dipikul Tan Sri Pairin Kitingan sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak berkaitan keputusan RCI PATI Sabah yang diumumkan pada Disember 2014.


Sebenarnya, kerajaan Persekutuan tidak senyap berkenaan dengan RCI PATI Sabah. Jawatan kuasa pembuat keputusan berhubangan RCI itu dipengerusikan bersama oleh Tan Sri Musa Aman Dan Dato Dr Zahid Hamidi sudah bertindak sesuai dengan laporan RCI.

Sehingga kini, semua butiran keputusan RCI PATI Sabah itu sudah diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan negeri dan persekutuan, termasuk mengeluarkan kad pengenalan yang tidak jelas maklumatnya dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara ( Kuasa Persekutuan). Selain itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) terus bertindak memburu, menangkap menghantar pulang PATI (persekutiuan).

Memang diakui, masalah PATI bukan perkara mudah, sebab itu, jawatan kuasa bertindak yang dipengerusikan Pairin perlu diberi masa yang cukup, untuk menyelonggar semua perkara yang berkaitan PATI, supaya tidak berlaku pemangsaan atau penganiayaan.

Kerajaan Persekutuan senyap? sebenarnya tidak timbul, sebab Persekutuan telah menyalurkan dana yang besar pada ESSCOM/ESSZONE Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook