1. MENJELANG PRU-14, sekurang-kurangnya rakyat negara ini telah memahami, mengapa Tun Dr dan Lim Kit Siang bergabung.
2. Daripada lawan kepada kawan, seperti mana rakyat tahu sekian lama.
3.
Bagi mereka yang mengikuti malah mengalami pemerintahan Tun Dr
Mahathir selama 22 tahun, pasti musuh utama politik beliau Allayarham
Dato Seri Nik Aziz Nik Mat, adalah Lim Kit Siang.
4. Mengapa
keadaan itu berubah? Memang betullah, dalam dunia politik tidak kawan
yang kekal, demikian juga tiada musuh selamanya.
5. Bagi dua
pemimpin veteran itu, kedua-duanya mahu agar kepimpinan mereka kekal
relevan sampai ke akhir hayat. Namun, apa yang tersirat daripada
tindakan mereka untuk berkawan, tidak lain tidak bukan untuk mencapai
hasrat Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri.
6. Sejak Tahun
1969, hasrat pemimpin DAP itu tersemat di dada dengan kemas, sebab
itulah pada Tahun 1974, apabila Allahyarham Tun Abdul Razak mempelawa
semua parti politik dalam negera untuk bergabung membentuk parti Barisan
Nasional, hanya parti DAP yang menolak.
7. Bagi mencapai
hasarat pemimpin DAP itu menjadi Perdana Menteri, beliau telah cuba
berbagai pendekatan, antara lain berpakat dengan S-46 pada Tahun 1990,
selepas itu bergabung dengan KeAdilan pada Tahun 1998. Gabungan itu
diteruskan sehingga Tahun 2013. Malangnya, hasil gabungan itu, hanya
memberikan kedudukan kepada anak beliau (Lim Guan Eng) dilantik ke
jawatan Ketua Menteri (Pulau Pinang sejak Tahun 2008).
8.
Pemimpin veteran DAP itu, berfikir, hanya melalui skop diluar kotak,
maka beliau dapat mencapai hasaratnya. Skop diluar kotak itu adalah
kerjasama dengan Tun Dr Mahathir.
9. Bagi Kit Siang, hanya menerusi bantuan mantan Perdana Menteri itu, beliau bakal merealisasikan hasratnya.
10.
Benar juga, apabila Kit Siang bergabung dengan Tun Dr Mahathir, maka
orang pertama yang melihat hasrat itu adalah Dato Seri Najib Razak,
apabila Presiden Umno itu menyuarakannya melalui PAU Umno pada Disember
2016, bahawa pada PRU-14, rakyat hanya ada dua pilihan- Kerajaan yang
bertunjangkan parti Umno atau kerajaan yang bertunjangkan parti DAP.
11.
Kerana sudah terdedah hasrat Lim Kit Siang itu, maka dua pemimpin Umno
Sabah, Datuk Salleh Tun Said dan Datuk Rahman Dahalan, menghibahkan
hasrat Kit Siang itu kepada rakyat.
12. Diakui, apabila hasrat
Kit Siang menjadi Perdana Menteri, bukan rahsia umum lagi, Tun Dr
Mahathir adalah pemimpin depan yang menolaknya.
13. Bagi
Mahathir, menjelaskan secara terang-terangan kepada rakyat, bahawa
beliau membantu Kit Siang mencapai hasaratnya, boleh membawa negatif
kepada parti PPBM, kerana kaum melayu akan berfikir dua kali mengundi
parti itu.
14. Lim Kit Siang memerlukan sokongan daripada
rakan-rakan parti beliau untuk mencapai hasrat beliau mendududuki
jawatan Perdana Menteri.
15. Bagi Kit Siang, senario pada PRU-14
adalah, pengundi kaum cina sebulat suara mengundi parti-parti dalam
Pakatan Harapan (PH), ertinya di kawasan-kawasan yang ditandingi Umno,
PH akan menang sejumlah kerusi yang diperlukan (sekurang-kurangnya 62
disumbangkan oleh PKR, PPBM dan Amanah) kerana undi kaum melayu
berpecah.
16. Bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan, PH hanya
memerlukan 112 kerusi parlimen. Dalam perkiraan Kit Siang, DAP akan
menang 50 kerusi. Dengan kedudukan itu, maka parti beliau merupakan
tunjang kerajaan PH.
17. Tindakan Tun Dr Mahathir membantu Kit
Siang mencapai hasratnya, telah melupakan sepenuhnya kritikan pemimpin
DAP itu terhadap beliau semasa berkuasa.
18. Bagi Mahathir, kritikan Kit Siang semasa beliau berkuasa, memanglah asam garam politik, dan semuaya telah dilupakan.
19.
Kini terserah kepada KAUM MELAYU SEMENANJUNG apa kah mereka juga mahu
sebahagian daripada mecapai hasrat Kit Siang tersebut. PRU-14 akan
membuktikannya.
0 comments:
Post a Comment